single's heart

Bukuhati

Bukuhati

single's heart

Recent Posts

Tips Menarik Tawan Hati Anak Mak!

Tips Menarik Tawan Hati Anak Mak!

Didalam hubungan, anda telah pun menawan hatinya dengan penuh.  Anda masih terfikir bagaimana pula mahu menambat hati induknya iaitu emak pasangan anda itu.  Jenggg!  tambahan lagi pasangan anda itu adalah anak emas emaknya.  Senang kata pasangan anda itu merupakan  sangat manja dengan emaknya dan tidak […]

Tips Elak Bercinta Dengan Suami Orang

Tips Elak Bercinta Dengan Suami Orang

Apabila berbicara soal bercinta dengan suami orang ini, pasti akan ada kesan yang negatif dan pandangan yang sangat bertentangan dengan nilai yang disangka.  Apabila didengarkan tentang bercinta dengan suami orang, pasti ramai orang yang membuat persepsi “perampas!”.  Lebih lagi dari wanita.  Hal ini kerana, wanita […]

Mudahnya Penyeri Hubungan Cinta!

Mudahnya Penyeri Hubungan Cinta!

 

Dalam setiap hubungan yang terbina, pasti setiap pasangan mahukan hubungan tersebut terus berhubung sehingga ke alam perkahwinan dimasa akan datang.  Baik lelaki mahupun wanita amatlah perlu menitikberatkan tentang hal sampingan yang akan membuatkan hubungan anda menjadi seri dan seterusnya kekal berpanjangan.   Ya lah, siapa sahaja yang tidak mahu hubungan yang kekal dan tidak putus itu kan.  Jadinya, dibawah ini akan disiarkan untuk anda semua tentang apa itu hubungan yang berseri dan cara mudah supaya hubungan anda dan kekasih sentiasa mekar dan baik-baik sahaja.

 

  •  Senyuman dan  Interaksi 

Apabila anda pergi berdating dengan kekasih anda itu, anda haruslah jangan membuat muka yang agak kusam mahupun ketat.  Hal ini kerana dalam logiknya, senyuman itu adalah penyeri perbualan dan situasi.  Kekasih anda pasti rasa tenang je melihat anda yang sentiasa senyum dan memberi tindak balas yang baik ketika berbicara.  Huhuhu jika anda sedang berbual dengan orang lain juga anda perlu senyum kan? kalau tidak semestinya kelihatan aneh. hehehe

 

                                                                                                      kwikku.com

 

 

Selain itu, jangan pula teralu senyum tanpa sebab kerana pasti akan membuatkan diri anda kelihatan pelik.   Seterusnya, kawal diri anda dari terus berbicara disaat kekasih anda mengalami kekusutan sejenak.  Contohnya, dalam keadaan kelam kabut mencari jalan selepas mengalami kesesatan.  Jika and buat juga perkara seperti diatas pasti akan menimbulkan pergaduhan.  Jadinya kurangkan diri anda dalam interaksi disaat mengalami situasi sebegitu.  Namun, jangan pula selepas keadaan anda menjadi diam dan tidak bercakap langsung.  Cuba lah senyum dan sabar.  Pasti pasangan anda juga turut tenang dan hubungan anda tidak akan pergi ke arah ambang kejatuhan  🙂

 

  • Jangan Terlalu Mengongkong

 

Anda rasa agak terancam apabila pasangan anda itu sedang berbual dengan orang lain?  Lebih-lebih lagi berlainan jantina.   Anda juga takut jika ada yang mendekati pasangan anda itu. Cuba anda fikirkan apabila anda terlalu kawal dia dari berinteraksi dengan orang sekeliling yang dia kenali.  Pasti kesannya akan sedikit teruk.  Kerana orang sekeliling yang mengenali pasangan anda itu akan berfikir bahawa pasangan anda itu adalah sombong dan berlagak.  Seterusnya anda juga terkait diperkatakan sebegitu kerana anda adalah kekasihnya.  Jadinya cuba elakkan terlalu mengongkong pasangan anda itu.  Selain itu juga pasangan anda tentu tidak akan rimas dengan setiap kongkongan yang anda lakukan.

 

 

                                                                                                       siraplimau.com

 

Biarkan sahaja si dia mahu berkawan dengan sesiapa kerana masing-masing tahu apa erti batasan dan kesetiaan.  Cuma anda perlulah mengambil tahu dengan siapa dia berkawan, dimana dan apa yang si dia lakukan.  Jika anda terus membuat sambil lewa sahaja sudah pasti lain jadinya seperti pasangan anda itu berfikir anda tidak memberi perhatian terhadap si dia.   Oleh itu, hargai si dia yang menyintai anda dan elakkan mengongkong pasangan anda berlebihan kerana itulah jalan membuatkan hubungan anda berterusan kekal.

 

  • Jadi Diri Sendiri 

 

Tahukah anda apa itu natural?  Haa, natural itu beerti  adalah aslinya dari dalam diri anda.  Hal ini kerana tidak semua pasangan mahukan cuma kecantikan luaran sahaja tetapi apa yang diperlukan adalah kebaikan hati yang ikhlas.  Bagi wanita, anda tidak perlu mencantikkan diri anda dengan makeup yang tebal semangkuk sahaja, tetapi anda jadilah diri anda seadanya kerana lelaki lebih sukakan wanita yang semula jadinya cantik asli.

 

 

                                                                                            ciricara.com

 

Tetapi berwaspadalah, ada juga negatif dan positif nya apabila anda mencuba jadi natural.  Pastikan pasangan anda pernah melihat anda dengan solekan dan tidak bersolek.  Ia nya kerana untuk memastikan si dia mahukan anda dengan ikhlas ataupun sekadar cantik sahaja.  Namun ini juga boleh dijadikan satu uji kaji untuk melihat pasangan anda itu ikhlas dan baik ataupun mahukan kebanggaan sahaja memiliki anda

 

 

                                                                                                 vemale.com

 

Daripada wanita, lelaki juga boleh menguji pasangan hati anda itu. hehehe caranya senang sahaja dengan keluar bersamanya dalam keadaan diri anda sebenarnya seperti dirumah.  Tapi jangan pula sehingga memalukan diri anda sendiri.  Jika wanita tersebut tidak kisah siapa anda maka dialah yang terbaik untuk anda.  Hubungan penyeri ini akan lebih berkembang dan tulus apabila adanya anda dan pasangan menjadi seorang yang diri sendiri dan tidak hipokrit.

 

  • Kematangan Membawa Kebahagiaan 

 

Dalam perhubungan, apa yang wajar diterapkan selain semuanya diatas adalah  anda dan si dia senang dibawa berbincang dan pandai bertoleransi.  Apabila ada timbulnya masalah yang tidak diingini, anda mahupun pasangan perlulah duduk berbincang dan bersemuka untuk menerangkan apa yang benar dan salah.  Hal sebegini dapat meningkatkan daya hubungan yang baik dan positif.  Proses kearah putus itu pasti tidak akan terjadi.  Setelah berbincang dengan matang,  Berilah kejujuran dan sokongan serta tunjukkan perasaan sayang terhadap pasangan anda itu.

 

 

                                                                                        pesonapengantin

 

Oleh itu,  hubungan anda dan pasangan akan jauh dari pergaduhan dan seterusnya bahagia.  Anda dan pasnagan dapat mempelajari apa yang perlu dan tidak perlu dalam hubungan.  Sesungguh nya fakta lain, belajar dari kesilapan itu sangan matang dan baik.

 

 

  • Jaga Diri

Anda haruslah menjaga hubungan anda sebaiknya daripada dimasuki leh orang ketika.  Oleh itu salah satu caranya anda haruslah jaga diri anda sendiri daripada kerap bergaul dengan berlainan jantina dan mudah disentuhi.   Tidak perlu anda terlebih berbual dengan perkara yang tidak penting sehingga melebihi batas hubungan yang sepatutnya anda jaga.   Sebagaimana pasangan anda jaga hubungan dan tidak terlalu melayani orang luar yang lain,  anda juga wajar adil dan jaga diri anda sendiri.

 

 

                                                                                                            apakes.com

 

 

Setiap pasangan sangat suka dan dihargai apabila pasanganya tidak melayani orang lain jantina yang lain sehingga menimbulkan rasa cemburu dan seterusnya kearah pergaduhan.

 

Okay semua, itu sahajalah coretan yang dapat menyerikan hubungan cinta anda dengan kekasih.  Semoga tips sederhana seperti diatas ini banyak membantu dan memberi impak yang positif untuk anda dan pasangan.

 

Selamat maju jaya mengecapi hari bahagia anda!  byeeee.  🙂

6 Tanda Jelas Lelaki itu Sedang Mengorat Anda

6 Tanda Jelas Lelaki itu Sedang Mengorat Anda

Godaan memberikan rasa hangat, rasa berbunga-bunga dihati dan juga boleh rasa kejutan elektrik melalui urat anda. Apabila seorang lelaki yang anda benar-benar tertarik dengannya telah mengorat anda, anda akan rasa teramatlah bertuah kerana susah nak jumpa seseorang yang anda minat juga meminati anda. Kecuali, macam mana […]

Bolehkah Bercinta Dengan Musuh?

Bolehkah Bercinta Dengan Musuh?

Sememangnya kalau bercinta ini, pasti dengan orang yang kita sukai dan sayangkan? Kerana semuanya perlukan perasaan dari hati supaya suatu hubungan itu kekal mesra dan berpanjangan. Tetapi ada ke orang yang bercinta dengan seseorang yang tidak disukai?  atau lebih dikenal sebagai musuh.  Wauuu, hal ini […]

Bahagian Lelaki Yang Memikat Hati Wanita…..

Bahagian Lelaki Yang Memikat Hati Wanita…..

Setiap wanita yang solo dan mahukan pasangan akan datang, pasti mempunyai ciri-ciri yang diinginkan.  Kebiasaannya yang mempunyai ciri-ciri sendiri ini adalah wanita yang ber ‘ title’ puan, boss, mem dan juga mempunyai standard diri yang tinggi.  Tetapi wanita yang biasa selain dari itu juga mempunyai minat yang berlainan terhadap lelaki ini.  Jadinya, lelaki selain dari hati, bahasa, sopan santun dan juga sikap yang memikat hati para wanita ini, terdapat bahagian lelaki juga yang mampu membuatkan wanita cair dan jatuh hati terhadap mereka.

 

Haaaaaa! jangan fikir negatif dahulu tau.  huhuhuhu.  blog kalini pula mempamerkan anda mengenai ciri – ciri bahagian fizikal lelaki yang membuatkan wanita tertarik melihatnya.

Jika mahu tahu selanjutnya cubalah anda menyepikan diri dengan artikel seronok ini sebentar.

 

Bahagian lelaki yang pertama adalah :

  1.  Mempunyai Kaki Yang Panjang

Setiap lelaki juga sangat menginginkan diri mereka kelihatan sempurna.  Tetapi perlulah terima hakikat bahawa setiap manusia tak kira jantina ini mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.  Kebiasaannya lelaki ynag mempunyai kaki yang panjang ini selalu orang akan menyifatkan dia seorang model ataupun ahli sukan.  Huhuhu tetapi ada juga lelaki yg berkaki panjang selain dari pekerjaan tersebut.

 

 

                                                                                                                                                  monika

 

 

Wanita juga kebanyakannya sukakan lelaki berkaki panjang ini kerana mereka mengatakan lelaki yang berkaki panjang sangat bergaya dan ‘smart’ apabila menggayakan seluar slack.

 

 

                                                                                                                                         womantalk.com

 

 

Jadinya tidak peliklah jika anda silelaki yang berkaki panjang ini menjadi tarikan para wanita.  Malah ada juga wanita yang nakal melihat lelaki berkaki panjang ini dengan senyap tau!  hehehehehe

 

2.    Dada Bidang Yang Luas

 

Hasil uji yang teliti menyatakan bahawa wanita amatlah suka dan minat dengan lelaki yang berdada bidang.  Lelaki yang dada bidang ini nampak sangat tegap dan juga kacak bagi wanita.  Jadinya tak aneh lah jika wanita ini menyukai lelaki yang bercirikan dada bidang ini.  Dada bidang juga menunjukkan bahawa lelaki tersebut seorang yang kuat dan perkasa.

 

 

                                                                                                                                                           lelakisihat.com

 

Malah ramai juga menyatakan lelaki berdada bidang ini seorang yang protektif.  Ia nya mampu melindungi wanita dari apa jua keadaan yang tak diingini.  Ada juga wanita suka dengan dada yang sasa.  Hal ini juga adalah amat penting kerana bukan senang mahu membuatkan dada lelaki ini bidang dan sasa.  Kerana perkara itu agak sulit untuk lelaki.

 

Ia nya perlulah senaman yang kuat dan sihat serta pemakanan yang seimbang.  Oleh itu, normal lah bagi lelaki yang berdada bidang ini amatlah diminati oleh wanita.

 

3.    Berkepala Botak

Selain daripada ciri lelaki yang bertubuh sasa, kaki panjang dan sebagainya.  Ada juga wanita yang mengidamkan lelaki yang ala-ala Vin Diesel iaitu berkepala botak.  Pada wanita, lelaki yang berkepala botak ini sangatlah seksi dan versatil bagi wanita.

 

 

                                                                                                                                           cari.com

Lelaki yang berkepala botak ini juga sangat macho jika digayakan dengan betul.  Malah, kriteria lelaki seperti ini kelihatan garang dan kemas kerana tidak perlu bersusah payah menjaga perapian rambut. hehehehe

 

3.  Mata Yang Galak

Ada juga yang berpendapat wanita sangat suka lelaki yang mempunyai rupa yang kacak kerana dari segi satu hal. Salah satu bahagian lelaki yang memikat wanita adalah dengan lirikan matanya yang galak.  Segelintir wanita sukakan lelaki yang  cantik matanya.  Kerana mereka menganggap kekacakkan lelaki adalah dari matanya.

 

 

                                                                                                                                       pinterest.cl

 

Ada juga wanita yang takutkan lelaki bermata galak ini diatas sebab seperti jahat, nakal dan sebagainya.  Tetapi jangan lah berfikir terusan seperti itu, kerana setiap manusia adalah kebaikannya haruslah dilihat dari hati dan perbuatannya. Mata yang cantik ini adalah bonus untuk tambah nilai kekacakkan pada wajah lelaki.   Oleh itu, ciri lelaki bermata galak ini menjadi kriteria lelaki yang wanita idamkan.

 

4.  Gigi Yang Ideal

Siapa juga wanta yang tidak cair dengan sebaris gigi yang cantik yang dipamerkan oleh lelaki dengan sebuah senyuman.  Walaupun senyuman lelaki cuma sikit sahaja tetapi dengan gigi yang rata dan cantik mampu membuatkan wanita jatuh hati.  Setiap manusia juga pasti akan berfikiran sebegitu rupa tau.  heheehehehe.

 

 

                                                                                                                                                              thelist.com

 

5.   Kebersihan Diri 

 

Semestinya hal ini adalah yang paling penting sekali untuk lelaki semua.  Setiap orang tentu sahaja ada masa mereka harum dan ada masa mereka berbau agak hangit sedikit.   Tetapi dengan menjaga kebersihan diri.  Wanita pasti akan suka untuk berbual dan mendekatkan diri dengan anda.

 

 

 

                                                                                                                                                              lelakisihat.com

 

Semburkan minyak wangi yang tidak terlalu banyak.  Jika mahukan bau kekal lama. sembur sahaja di bahagian nadi, leher dan juga belakang badan anda.  Lelaki juga perlulah memanjakan diri anda di spa ataupun berendam dengan air yang berbau haruman bunga.   Haaaa bukan waniita sahaja yang boleh berbuat sebegitu tau. huhuhuhu

 

 

                                                                                                                                                   maskulin.com

 

Okay semua, itulah dia bahagian lelaki yang mampu memikat hati wanita.  Yela tidak semua wanita sukakan kesemua bahagian lelaki dalam satu masa tau.  Terkadang dengan satu lirikan mata sahaja sudah mampu membuatkan wanita berasa  minat dengan sang lelaki.

Baiklah semoga artikel ini memberi banyak manfaat kepada diri anda ya.

Selamat menjadi diri sendiri!  byee….

5 Tempat Paling Seronok  Untuk Berdating :)

5 Tempat Paling Seronok Untuk Berdating :)

Apabila sedang dalam hubungan bercinta, semestinya akan ada rasa mahu keluar bersama untuk meluangkan masa yang selama  ini sibuk dengan pekerjaan mahupun kolej.   Ada sesetengah pasangan bercinta pasti akan pergi ke tempat yang esklusif untuk lebih merasa bahagianya ada pasangan yang sama sepadan minat mereka.  […]

Cara Berbaik Semula dengan Teman Lelaki

Cara Berbaik Semula dengan Teman Lelaki

Anda baru sahaja bergaduh dengan teman lelaki anda dan ianya salah anda sendiri. Siapa ja tak buat silap kan? Jika masih sayang, cuba berbaik semula dengan sidia. Kita bercinta masing-masing perlu bertolak ansur dan buang ego sama-sama. Tak syok la asyik gaduh-gaduh kan.   pairedlife.com […]

Menangani Teman Lelaki Anda yang Cemburu

Menangani Teman Lelaki Anda yang Cemburu

Mempunyai teman lelaki yang kuat cemburu kadang-kadang sangat sukar dan mungkin mengambil banyak masa untuk memujuknya sahaja. Perasaan cemburu itu sememangnya perlu untuk setiap orang tapi janganlah sampai terlalu cemburu sehingga membuatkan pasangan anda rasa dikongkong. Sampai satu tahap anda terpaksa berbohong untuk melakukan kerja dan lain-lain apabila berkaitan dengan ramai orang terutamanya berurusan dengan lelaki.

 

momjunction.com

 

Walau bagaimanapun, ada sebab kenapa pepatah ‘Kejujuran adalah dasar terbaik’ telah diwujudkan. Apabila seseorang berbohong, kepercayaan itu sendiri cenderung untuk hilang, kepercayaan yang sepatutnya menjadi asas bagi setiap hubungan. Selepas anda kehilangan kepercayaan, anda terpaksa hidup dalam keadaan yang rasa serba salah. Kadar denyut jantung yang cepat, sentiasa mereka cerita-cerita yang dibuat-buat secara berkali-kali, takut kebenaran mungkin terlepas dalam perbualan. Adakah ia berbaloi? Berikut adalah beberapa tip untuk menangani kecemburuan teman lelaki anda.

 

Jangan menipu 

Berbohong bukanlah jawapannya, lebih baik anda jujur dalam setiap perkara yang akan membuatkan sidia cemburu untuk menjaga hubungan anda berdua dan hadapnya dengan yakin. Pasti anda mungkin akan bergaduh tetapi sekurang-kurangnya itulah langkah pertama untuk tidak kehilangan kepercayaan daripada sidia. Cuba sidia pula bohong dengan anda seperti anda buat. Mesti anda tidak mempercayainya lagi. Maka, walau apapun perkara tersebut, jangan sesekali berbohong.

 

bustle.com

 

Talk vs. Complain

Walaupun lelaki kelihatan sangat keras kepala, berbincang dan menyuara tentang sesuatu masalah itu betul-betul membantu. Pilih masa ketika sidia tengah santai dan bercakap dengan menyatakan kebimbangan kepadanya, bukan dengan mengeluh dan merungut tentang sikap degilnya. Siapa ja yang suka kena membebel kan? Jadi, jika nak nasihat ke ataupun mahu beritahu sesuatu, bercakap dengan baik dan nada yang tenang. Barulah sidia akan mempercayai anda dan tidak akan selalu cemburu.

 

lovepanky.com

 

Ambil tindakan

Kenapa tidak memperkenalkan teman lelaki anda kepada orang yang dia cemburu. Jika dia dapat mengenali mereka, mungkin sidia akan melihat apa yang anda lihat dan tidak akan merasakan cemburu itu lagi. Tidak memperkenalkan teman lelaki anda dengan mereka yang sidia cemburu itu tidak dapat membantu dalam membuang kecemburuan sidia. Dengan berkenalan mana tahu sidia mula tidak cemburu lagi.

 

elitedaily.com

 

Beri jaminan 

Kebimbangan akan mendatangkan kecemburuan dan setiap orang membenci perasaan tersebut. Terangkan setiap perkara pada sidia dengan cara yang paling baik dan lembut, katakan yang sidia satu-satunya yang anda ada. Contohnya anda ada urusan dengan seseorang itu dan terus beritahunya perkara sebenar dan yakinkan sidia anda tidak akan melakukan apa-apa yang melibatkan perasaan. Jika sidia masih tidak percaya, ajaknya ikut sekali pergi. Jangan berleter padanya seperti dia seorang pelajar dan tunjukkan sayangnya anda padanya serta berikan sepenuh perhatian.

 

womenshealthmag.com

 

Letakkan diri anda dalam situasi sidia

Walaupun cemburu lelaki adalah sifat yang boleh mendorong wanita bosan, selalunya cemburunya datang dari cinta. Jangan terima cemburu tetapi cuba meletakkan diri anda dalam situasi sidia dan bertindak balas dengan sewajarnya. Mana tahu nanti anda pula yang kena kan? Hidup ini seperti roda, apabila seseorang itu telah merasainya, mungkin satu hari nanti ianya terjadi pada anda pula.

 

withmyexagain.com

 

Realiti bukan seperti drama dan filem

Terdapat ayat mengatakan bahawa lelaki sejati tidak akan cemburu. Walau bagaimanapun, kita tidak hidup dalam drama atau filem komedi romantis dan lelaki adalah juga seorang manusia. Perasaan dan emosi adalah tindak balas semula jadi. Caranya adalah dengan mengendalikan sidia dengan baik dan bijak supaya anda boleh maju ke hadapan.

 

independent.co.uk

 

Jadi, macam mana? Saya harap artikel menangani teman lelaki anda yang cemburu ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah cemburu teman lelaki selepas ini. Baiklah, sampai disini sahaja artikel saya pada kali ini. Jumpa anda lagi pada artikel yang lebih menarik. Daa~

Bagaimana Mengatasi Rasa Malu dengan Lelaki

Bagaimana Mengatasi Rasa Malu dengan Lelaki

Pernahkah anda bertemu dengan seseorang yang anda sukai tapi rasa malu anda hanya membuat perkara menjadi agak janggal? Jangan bimbang anda tidak bersendirian. Ramai sahaja wanita diluar sana mempunyai masalah ini. Dan ada juga yang terlalu malu sehinggakan ia mempengaruhi kehidupan sosial seseorang. Ianya bagus […]