single's heart

10 Ciri-Ciri Pasangan Yang Setia!

10 Ciri-Ciri Pasangan Yang Setia!

Setiap pasangan pasti takut akan kehilangan insan istimewa mereka kan.  Apatah lagi apabila mereka pernah mengalami kisah lama yang sangat dibencikan. Pasangan yang pernah dicurangi pasti akan merasa lebih berhati-hati ataupun takut hendak bercinta lagi. Jadinya tentu sahaja apabila mereka yang bercinta semua pasti akan selidiki pasangan mereka sendiri apakah si dia setia mahupun tidak!  Jom ikuti perkongsian penting ini untuk anda semua yang mahu selidiki pasangan anda.

Untuk mengetahui ciri-ciri pasangan anda, adalah lebih baik jika anda menguji si dia dengan senyap dan teliti. Tetapi jangan pula anda cuma selidiki sekali sahaja, mana tahu semua itu adalah salah faham.

 

 

  1. Memberikan Sepenuh Perhatian

 

Umumnya mengetahui, pasangan yang setia itu akan selalu memberikan perhatian yang utama kepada anda.  Mereka juga bahkan sibuk dalam kerja seharian tetap mempunyai masa yang ideal untuk bertanya khabar dengan anda.  Mereka juga akan mencuri masa walaupun sekejap untuk berbual dengan anda.  Itu beerti mereka adalah pasangan yang setia!

 

 

maskulin.com

 

Tetapi jangan pula anda bersangka baik seratus peratus. Kerana takut nanti kecundang menanti.  Anda juga boleh menyelidiki pasangan anda berdasarkan perhatian yang diberi sebelum becinta dan selepas bercinta.  Pasangan yang setia adalah mereka akan berusaha memberi perhatian kepada anda supaya anda tidak sunyi.

 

 

  1. Tidak Menyimpan Rahsia

 

Haa! inilah hal yang paling penting sekali dalam dunia bercinta.  Bersyukurlah jika pasangan anda tidak romantik tetapi tidak menyimpan sebarang rahsia walaupun sekecil zarah tau!  Ketahuilah rahsia yang ada pada pasagan anda supaya mereka  tidak berani menyimpan sebarang rahsia.  Kerana menyimpan rahsia itu akan menambahkan keruhan didalam sebuah hubungan.  Selain itu berhati-hatilah juga dalam suatu masa kerana terkadang selain rahsia yang sudah mereka keluarkan kepada anda, ada lagi rahsia sulit yang mereka simpan rapi.  Tetapi jika tiada rahsia maka baguslah.  Pasangan yang setia itu tidak akan menyimpan sebarang rahsia. Anda pula jangan lah terlalu mengerahkan pasangan supaya menceritakan hal yang sememangnya tiada rahsia.  Haa, itu pula suatu penyakit yang mahu minta diputuskan. Huhuhu.

 

 

 

 pesonapengantin

 

 

  1. Pemaaf

 

Sememangnya sudah menjadi asam garam dalam suatu hubungan apabila wujud persengketaan yang tidak diingini.  Ubat yang menjadi penawar bagi pasangan yang serius adalah saling bermaaf-maafan.  Jika anda dan pasangan berfikir bermaafan hanya pada hari raya sahaja. Maka anda berdua adalah pasangan yang tidak matang. Hahaha.  Maaf mengmaafi adalah sesuatu perkara yang sangat indah hasilnya. Tetapi jangan pula anda selalu meminta maaf tetapi melakukan lagi hal yang sama. Selain itu, jika pasangan anda tidak mahu memaafkan anda dan kian sunyi maka ada sesuatu udang disebalik batu lah tu.  Jika tidak kerana lain tentu pasangan anda sangat marah kan anda dan akan menuju ke ambang pisah.

 

bintang.com

 

Apa lagi cepatlah raihkan kemaafan dari pasangan anda sebelum terlepas. Pasangan yang setia tu akan sanggup memaafkan walaupun kesalahan yang anda buat adalah lebih besar ibarat pinggan yang retak.  Haa, jadi bersyukurlah jika pasangan anda seorang yang pemaaf.

 

 

  1. Terima Seadanya

 

Ketahuilah tentang sesuatu yang penting ini.  Untuk mengetahui pasangan anda setia pula, lihatlah diri anda.  Adakah anda kurang dari segi rupa mahupun pendapatan? Tetapi pasangan anda tetap tidak berganjak ke arah lain dan tidak ada orang ketiga. Bererti pasangan anda adalah seorang yang setia dan ikhlas menerima anda sebagai pasangannya.  Jangan lepaskan pasangan anda yang setia walaupun si dia tidak seromantika pasangan lain kerana pasangan yang setia tidak ramai didunia.

 

 

pesonapengantin.my

 

 

  1. Sifat Cemburu

 

agenresmi206.blogspot

 

Sememangnya dalam suatu hubungan pasti akan ada sifat cemburu diantara anda dengan pasangan.  Jika pasangan anda tidak ada perasaan cemburu, ha pasti ada sesuatu disebaliknya.  Umum mengetahui cemburu adalah tambahan rasa dalam suatu hubungan. Kalau pasangan anda cemburu anda juga haruslah tidak perlu risau kerana pasangan yang cemburu itu sangat setia dan dia tidak mahu ada orang lain menggoda anda supaya berpaling daripadanya.  Tetapi kalau cemburu buta pun susah juga ya. Huhuhu.

 

 

  1. Memahami Anda

 

nakbebel.com

 

Pasangan yang sentiasa berdikari dan tidak meminta-minta dari anda adalah seorang yang dikategorikan sebgai pasangan yang setia.  Pasangan yang setia akan  memahami anda apabila anda tidak memberikan apa apa hadiah untuknya.  Anda juga haruslah berfikir untuk berusaha membahagiakan pasangan anda supaya si dia akan berasa anda sangat menghargai anda.  Walaupun anda sangat sibuk dan tidak ada masa terluang untuknya, pasangan yang ideal dan setia itu akan memahami anda malah menyuruh anda berehat selepas melakukan kerja.  Oleh itu, jangan lepaskan pasangan yang seperti ini ya!

 

 

  1. Memperkenalkan Anda Dengan Rakan dan Umum

 

Jangan anda lepaskan pasangan seperti ini, kelak nanti menyesal kerana tiada pengganti lain!  Pasangan yang memperkenalkan anda dekat rakan – rakannya dan keluarga adalah pasangan yang sangat serius dan setia dengan anda.  Anda patutnya bersyukur dan terharu apabila diperkenalkan oleh kenalan pasangan anda.  Jangan pula anda masuk jarum dengan menyurangi pasangan anda itu.  Pasangan yang membawa anda ke rumah keluarganya akan menganggap anda adalah insan yang istimewa.

 

 

yukk.co.id

 

 

  1. Selalu Membuat Anda Bahagia

 

 

hellosehat.com

 

Anda merasa sunyi, tetapi pasangan anda datang membahagiakan anda walaupun dengan cara apa sekali pun. Dialah pasangan yang setia dan tidak ada orang lain. Pasangan yang sangat menyayangi anda akan membahagiakan anda walaupun diri dia yang sakit. Haa, oleh itu, hargailah pasangan anda seperti si dia menghargai anda.

 

 

  1. Mengingati Tarikh Penting

 

Kebiasaannya, pasangan yang mempunyai kekasih hati lain akan selalu lupa dengan tarikh yang penting dengan anda. Kerana mereka yang tidak setia perlu mengingati banyak tarikh lain. Huu, jauhi pasangan yang tidak setia kerana akan membuatkan anda merasa sakit.   Tetapi anda jaga lah dan hargai pasangan anda yang tidak pernah melupakan tarikh penting kerana dalam kesibukan harian mereka juga akan mengingati tarikh penting bersama anda tersebut.

 

livelifedeliciously.blogspot

 

 

  1. Jadikan Anda Segalanya

 

Kebiasaannya kita perlu mendahului kawan-kawan dari apa pun kerana kawan lah yang akan menolong kita apabila kita susah. Tetapi apabila anda sudah mempunyai teman hidup yang jauh lebih baik dari kawan anda sendiri, adalah lebih baik anda berikan tumpuan penuh dekat teman hidup anda.  Apabila anda mengalami kesusahan dan teman hidup anda datang membantu daripada rakan-rakan anda adalah lebih baik anda meletakkan teman hidup anda di peringkat yang lebih tinggi.  Ya lah kan, sekarang ni rakan terdekat kita pun tidak sebegitu baiknya. Jika baik baguslah.

 

cleo.co

 

Okay lah sampai di sini sahaja coretan mengenai 10 ciri-ciri pasangan yang setia. Adalah lebih baiknya anda menyelidiki teman hidup anda sendiri setelah menggunakan ciri-ciri yang diatas.  Selamat mencuba ya! Bye.