single's heart

Cara Selamatkan diri daripada terkena Friend zone

Cara Selamatkan diri daripada terkena Friend zone

Anda telah berkenalan dengan seseorang ini dan anda telah menyukai sidia pada pandangan pertama? Jadi, anda berdua telah menjadi kawan tetapi anda masih mempunyai perasaan yang lebih dari persahabatan? Anda mendapati diri anda tiba-tiba terperangkap dalam friend zone untuk satu sebab atau yang lain? Sekiranya anda telah bosan yang dia tidak membuat apa-apa langkah, maka saya rasa sudah tiba masanya kita membincangkan bagaimana untuk melepaskan diri anda daripada terkena friend zone dan apa yang membuat anda terperangkap di sana dari permulaan.

 

telanganatoday.com

 

Kenapa anda boleh terkena friend zone? Ini mungkin kerana anda takut menunjukkan perasaan sebenar anda sebelum mendapat sebarang tanda bahawa dia suka anda. Jadi, anda mula bertindak terlalu mesra dan anda telah melabel anda berdua hanya mesra dalam persahabatan. Anda lakukan semuanya bersama-sama dan anda sentiasa mempunyai masa yang menakjubkan. Anda berdua sebenarnya ada chemistry bersama tetapi dia mungkin tidak berfikir untuk mempunyai hubungan romantis dengan anda. Jadi, macam mana nak selamatkan diri daripada terkena friend zone? Mari kita lihat cara-caranya dibawah.

 

Buat sidia cemburu

Tak salah buat sidia cemburu. Jadi, untuk selamatkan diri dari friend zone, berikan sedikit ancaman dengan memberitahunya bahawa anda suka seseorang. Mungkin kemudian, dia akan menyedari bagaimana perasaannya. Sekiranya anda biasanya memberi perhatian kepadanya, anda selalu muncul apabila dia benar-benar memerlukan anda, cuba kurangkan habit itu. Dia mungkin berasa selamat bersama anda, ianya bagus tetapi yang buruknya adalah jika sidia mengambil kesempatan terhadap anda. Dia bergantung pada anda dan anda memberikan kepadanya apa yang dia perlukan, kenapa dia perlu fikir tentang perkara lain lagi?

 

rocketparents.com

 

Buat dia tertanya-tanya

Selepas anda cuba buat sidia cemburu, langkah seterusnya ialah buatnya tertanya-tanya. Apabila anda bersamanya, berikan perhatian penuh kepadanya, gunakan kata-kata anda dengan bijak dan elakkan bercakap dengannya seperti anda hanya kawannya. Cuba menggodanya. Beri dia cabaran dengan buat sidia tertanya-tanya apa yang sedang berlaku tetapi sentiasa berhati-hati. Ia berfungsi untuk sesetengah orang tetapi dalam kes ini, anda betul-betul mahu setiap perkara berjalan lancar sebaik mungkin.

 

lovepanky.com

 

Mulakan rutin yang sihat

Anda boleh mengubah rutin kesihatan dan kecergasan anda dengan memulakan senaman atau mendapatkan diet yang sihat untuk memulihkan fizikal anda secara keseluruhan. Rasa lebih sihat akan membuat anda berasa lebih baik tentang diri anda dan akan dapat meningkatkan keyakinan diri fizikal anda. Jadi, bersenamlah daripada sekarang.

 

womansday.com

 

Luangkan masa untuk penampilan anda

Sekarang, anda telah membuatnya tertanya-tanya, sudah tiba masanya untuk anda tarik perhatiannya. Fikirkan ia sebagai mini makeover. Saya tidak mencadangkan perubahan besar dalam penampilan dan gaya peribadi anda tetapi hanya sentuhan kecil yang akan meningkatkan keyakinan diri anda. Cuba gaya rambut baru atau cuba pakaian baru, mungkin yang merah kerana ia cenderung menarik lebih perhatian.

 

hayatouki.com

 

Tahu nilai diri anda

Sekarang langkah yang paling penting untuk melepaskan diri dari friend zone adalah untuk memberi tumpuan kepada diri sendiri. Anda perlu mengubah minda anda dan bagaimana anda fikir tentang diri anda. Anda harus sedar tentang harga diri anda sendiri. Keyakinan diri adalah kunci kepada segala-galanya dan apa sahaja yang anda mahukan. Oleh itu, jika anda masih seorang pemalu, mula tunjukkan keyakinan diri anda, macam mana sebenarnya anda fikirkan tentang diri anda. Sehingga suatu hari nanti, anda akan membuatnya terjadi.

 

vivacidadenews.com.br

 

Berikan hint

Hidup ini terlalu singkat untuk menyembunyikan perasaan anda. Jika anda rasa selesa mengambil langkah itu untuk selamatkan diri dari friend zone, berikan hint dan beritahu sidia yang anda menyukainya. Sidia akan membalas sama ada dia juga sukakan anda dan ini boleh menjadi permulaan sesuatu yang hebat atau dia akan memberitahu anda bahawa anda hanya kawan. Dalam kes ini, anda perlu menerimanya dan move on. Ianya normal untuk rasa sedih dan patah hati selepas ditolak tetapi jangan biarkan sampai ia membuat anda cederakan diri anda. Suatu masa nanti, anda akan menemui orang yang lebih baik.

 

thoughtco.com

 

Jadi, macam mana? Saya harap artikel ini membantu anda dalam mengetahui cara selamatkan diri daripada terkena friend zone. Kepada yang ingin selamatkan diri anda dari friend zone, cuba lakukan tips diatas. Baiklah, jumpa anda lagi pada artikel yang lebih menarik. Bye!