single's heart

Tips Elak Bercinta Dengan Suami Orang

Tips Elak Bercinta Dengan Suami Orang

Apabila berbicara soal bercinta dengan suami orang ini, pasti akan ada kesan yang negatif dan pandangan yang sangat bertentangan dengan nilai yang disangka.  Apabila didengarkan tentang bercinta dengan suami orang, pasti ramai orang yang membuat persepsi “perampas!”.  Lebih lagi dari wanita.  Hal ini kerana, wanita bukan bercinta dengan suami orang sangat-sabgat membenci perihal berkongsi suami ini.  Ada juga sehingga menjadi gila dengan kemarahan yang membuak hati ini.  Begitu juga, diantara lelaki juga ada sahaja yang tidak suka dengan rampasan suami orang ini.  Ya lah kan,  perasaan dan hati ini tidak boleh dibuat main seperti permainan.

untuk anda pula, anda mempunyai masalah dengan tajuk diatas ini?  Wauuuu, anda sedang diuji dengan hati dan perasaan.  Ini dinamakan dugaan yang amat berat tau!  Okay, Buku Hati ini tidak akan membiarkan anda dalam kekusutan untuk menyelesaikan masalah berat ini.

 

 

Abaikan Dengan Terus

 

Anda telah ingin dikenali oleh seseorang lelaki yang anda rasa boleh dijadikan pasangan hidup?  eh tup tup rupanya lelaki tersebut telah pun berkahwin!   Oh my God!  benda racun seperti ini haruslah dielakkan seelaknya.  Anda seharusnya terus menerus mengabaikan layanan dari lelaki ‘miang’ tersebut.   Jangan sesekali nda memberi lampu kuning kepada si dia.

 

 

usnews.com

 

 

Eh lampu kuning?  ye lah di traffic light lampu kuning itu bersedia.  Jadinya, jika anda memberi lampu kuning kepada lelaki  tersebut, maka anda sangat bersedia untuk membuka hati anda untuk si dia.  Tapi jika anda menjadi lampu kuning ke arah mera, haaa itu sangat bagus kerana anda adalah wanita yang mahal dan penuh tenaga kerana tidak haus untuk bercinta dengan suami orang tersebut.

 

Layan Dengan Negatif

 

Anda sudah buat sehabis baik untuk tidak menghiraukan lelaki yang dah berkahwin tersebut?  malah si isterinya pula sudah tahu anda adalah bidadari sampingan yang suaminya mahu?  Haa, cara lain yang tidak dapat difikirkan lagi adalah anda haruslah berani bersemuka dengan si isteri tersebut dengan penuh keberanian.  Keberanian anda haruslah seperti tingginya gunung everest.  Anda haruslah menyatakan dengan jujurnya hasrat anda untuk membuat perkara diatas ini bagi membuatkan suaminya putus asa.

 

 

businessinsider

 

 

Tetapi anda haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menempuhi api dugaan seperti dicaci maki.  Huhuhuh biasalah wanita mana yang mahukan lelakinya diambil walaupun suaminya yang intin kahwin lagi. hehehehe.  Anda juga haruslah menegakkan diri anda di posisi bukan salah anda.  Kerana anda telah habis baik untuk mengelak.

Dengan layan teruk anda itu, pasti akan membuatkan lelaki tersebut putus asa dan pergi.  Contohnya, anda boleh sahaja memarahi dia tidak tentu pasal dan membuatkan dia rasa annoying dengan anda

 

Beritahu Isterinya

 

Dia selalu terus hantar mesej atau pun telefon anda?  Haaa, dengan cara seperti ini anda pasti akan membuat si dia rasa gerun.  Tidak lain tak bukan dengan memberitahu isterinya mengenai kekacauan dia terhadap anda.  Jika anda seorang yang bukan mahu berkongsi suami, anda pasti sanggup memberitahu isterinya.  Malah dengan cara ini anda akan dapat membersihkan nama anda daripada dipersepsikan cara teruk.

 

 

 

 

 

Bagaimana pula jika si isterinya tidak mempercayai anda seperti mahu menganiaya rumah tangganya?  Jadinya, apa lagi melainkan tunjuk mesej ataupun call log yang suami dia buat kepada isterinya.  Biar isterinya percaya bahawa anda tidak menipu.

 

 

Beri Ceramah Padu

Anda telah usaha sampai setakat yang mampu untuk si lelaki orang itu pergi,  tetapi susah ya.  Apa kata anda ambil sedikit risiko dengan berjumpa si dia.  Tidak beerti anda melayani si dia tau.  Tetapi beri ceramah kepada si dia.  Dia seharusnya tahu erti kesetiaan dan bukannya tamak.  Llelaki orang tersebut harus tahu betapa sakitnya hati apabila dilukai dengan ada wanita lain.  Bagitahu lelaki tersebut bahawa seandainya wanita boleh berkahwin empat, pasti akan buat juga kerana itu adalah balasan terhadap lelaki yang gatal mahu kahwin lain.

 

 

  marriage.com

 

Anda juga boleh beri ceramah mengenai si dia patut rasa dan duduk ditempat isterinya yag telah banyak berkorban untuknya.  Huuuu.  jika si dia masih juga tidak faham hal yang anda bincangkan ini.  Tipu kepadanya mengenai anda telah mahu bertunang.  Dengan cara ini mungkin si dia akan rasa tersentuh dan terasa mengenai apa itu rasa sakitnya hati.

 

Amaran Terakhir

Anda telah melakukan kesemuanya cara diatas ini untuk mengelakkan diri dari terus dikacau semuai orang ini?  Tidak lain tidak bukan lagi anda haruslah memberikan si dia amaran terakhir.  Contohnya anda ambil sedikit risiko dengan ugut dia bahawa si dia akan hancur masa depan jika bernikah dengan anda.  Memangnya benda ini amat berat untuk dikatakan.  Tetapi buat si dia rasa tersiksa dengan sikap anda.  Letakkan jugak amaran anda dengan seperti berikan hantaran yang mahal untuk berkahwin dengan anda supaya si dia rasa putus asa dengan berkira kewangan untuk mempunyai anda.

Si dia semakin agresif terhadap anda?  Ha apa lagi selain anda ugut dia dengan cara terbesar iaitu membuat laporan polis untuk perlindugan diri anda.  Setelah cara ini anda lakukan.  In Shaa Allah akan membuahkan hasil yang cerah terhadap anda.

 

thevocket.com

 

Baiklah, anda telah mencuba sehabis baik untuk mengelakkan diri anda diikat oleh suami orang.  Oleh itu pasti selepas ini akan akan rasa tenang hidup tanpa pengacau seperti diatas ini.   Anda seorang wanita yang bijak dan ideal apabila anda mengelakkan bercinta dengan suami orang.  Kerana wanita yang bermaruah itu tidak akan sanggup merosakkan hati wanita seangkatan dengan anda. Jika anda berjaya melakukan hal seperti diatas ini anda merupakan wanita yang mahal.

Ya lah, tidak ada istilah jodoh ditentukan jika anda sehabis baik untuk mengelakkannya dengan baik.  Huhuhuhu semoga cara diatas ini akan mampu membuatkan anda rasa ada jalan keluar.  Selamat menempuh dugaan berat ini dengan baik ya wahai wanita yang mahal!

 

Byee………