single's heart

Tips Menarik Tawan Hati Anak Mak!

Tips Menarik Tawan Hati Anak Mak!

Didalam hubungan, anda telah pun menawan hatinya dengan penuh.  Anda masih terfikir bagaimana pula mahu menambat hati induknya iaitu emak pasangan anda itu.  Jenggg!  tambahan lagi pasangan anda itu adalah anak emas emaknya.  Senang kata pasangan anda itu merupakan  sangat manja dengan emaknya dan tidak boleh ada silap sedikit pun terkena pada pasangan anda.  Huhuhuhu sudah pastinya anda perlu ambil pula hati emaknya selepas sudah pasti memiliki hati anaknya.  Yelah kan, apa-apa hubungan perlulah mempuyai restu keluarganya.  Terutamanya ibu dan bapanya.

 

Hal ini kerana, sesetengah keluarga berasa agak sedikit tidak selesa apabila adanya kehadiran orang baru yang bakal membawa lari perhatian anak mereka yang selama ini dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

 

 

 

 

Jadinya, pihak BH ini akan memberikan anda tips yang sangat berguna dan impak yang baik untuk anda menawan hati emak pasangan anda.

 

  1.  Cari Rahasia Kriteria Emak Kekasih Anda

Korek sedikit rentak emak pasangan anda itu dengan teliti.  Apabila anda mendapat info bahawa emak pasangan anda itu seperti apa,  anda cubalah memasukkan minat emaknya dalam diri anda juga.  Contohnya, emak pasangan anda itu suka menjahit dan malahan bekerja sebagai tukang jahit.  Anda tunjukkanlah minat itu dengan selalu bertanyakan perihal menjahit dekat emak pasangan anda itu.  Jika sesuatu yang lebih berani lagi, anda cubalah berkeringinan mahu belajar cara menjahit itu kepada emak kekasih anda.  Tetapi jangan lah bertanyakan soalan semasa beliau mahu tidur dibuai mimpi pula~~

Hal ini memberikan impak yang agak lumayan kerana emaknya pasti akan berasa anda seorang yang berpandangan luas dan mahu memperbetulkan salah dan silap.  Jadinya, beliau tidak akan rasa jengkel dengan anda dan percaya bahawa anda boleh menolongnya dan memberi manfaat kepadanya nanti.  Jangan pula anda mencari kriteria privasi bakal mertua anda seperti mertua anda suka bersendawa kuat.  Itu bakal membuatkan anda dilempar air sejuk yang dingin sehingga anda tidak mahu mengenali mertua anda lagi!  huhuhu

 

2.    Rajin dan bersedia menolong ibu pasangan anda

Anda selalu bersiap dan rajin menolong pasangan anda itu,  jadinya anda haruslah bersiap sedia menolong juga emak pasangan anda itu dengan seikhlasnya.  Jangan anda zahirkan rasa rungut terhadap bakal emak mertua anda!  Contohnya, anda tahu tarikh temu janji  emak pasangan anda berjumpa dengan doktor dan perkara efektifnya anda tawarkan diri untuk menghantar beliau ke destinasi yang ingin dituju.

 

 

    hipwee.com

 

Hal ini pasti akan membuatkan bakal emak mertua anda itu berasa diperhatiankan dan dihargai.  Malahan beliau juga berasa bahawa anda merupakan seorang bakal menantu yang boleh diharap jika dalam kesusahan.  Anda juga perlu terapkan sifat tolong-menolong apabila mahu memasuki alam keluarga pasangan anda.  Oleh itu, rasa risau anda terhadap hubungan tidak diterima itu boleh lah dikurangkan sedikit apabila bakal emak mertua anda itu mula asyik memanggil anda sahaja.

Selebih tips adalah elakkan seperti menolong yang berlebihan sepeti tanpa disuruh contohnya, mencuci bilik air ketika melawat cuma separuh hari sahaja dirumah pasangan anda itu.   Itu mengampu namanya! hahahahaha.

 

3.   Berikan buah tangan atau hadiah yang mampu

Jika anda melawat keluarganya, apa kata anda membawa buah tangan untuk mengambil hati emak dan keluarga pasangan anda itu. Ia nya bukanlah sesuatu yang wajib mahupun disuruh baru buat,  tetapi ia nya adalah ‘commen sense’  yang perlu diterapkan dalam diri seseorang.   Tidak perlulah wajib yang mahal sampai anda sendiri terpaksa ikat perut  seperti membeli ayam turki diluar negara yang mahal mencecah ribuan ringgit.  Tetapi cukuplah seperti membawa buah-buahan mahupun makanan untuk dikudap- kudapan semasa berbual  nanti.  Hal yang sebegini pasti akan membuatkan emak pasangan anda itu mempunyai perasaan mulai suka dengan sikap anda yang bersahaja itu.

 

 

siraplimau.com

 

 

4.    Menjaga penampilan dan Kebersihan diri

 

Anda mahu bertemu muka dengan emak pasangan anda itu dalam keadaan berbau dan selekeh?   euuww!!  percayalah sudah pasti pasangan hati anda juga akan tutup hidup terhadap anda !

 

apa perlu anda lakukan?

anda perlulah memakai pakaian yang bersih dan kemas.  Contohnya, pakaian yang renyuk itu, apa kata anda gosok lah sedikit agar kedutan pakaian anda itu tidak terlalu kelihatan.  Selain itu,  warna yang anda pakai haruslah tidak terlalu kontra dan pelik apabila digayakan.  Jika anda mahukan contoh pakaian yang menarik anda lawatilah blog my-baju.net untuk meneliti pakaian apa yang sesuai dengan diri anda.  Jika anda mahukan tempahan juga adalah baiknya anda menempah pakaian anda di laman web tersebut kerana anda juga boleh mendapatkan tukang jahit yang anda suka.  Hehehehe.

 

 

  siraplimau.com

 

 

Selain dari pakaian anda perlulah mengelakkan fizikal seperti ,  elakkan kentut merata seperti yang anda lakukan sebelum ini. Hehehehehe

 

 

   wanista.com

 

Selanjutnya anda perlulah memakain bau wangi-wangian yang berpada.  Maksud yang berpada itu adalah semburkan wangian anda yang tidak terlalu banyak dan memeningkan kepala orang lain yang menghidu bau anda.  Dengan cara ini, emak pasangan anda tidak akan rasa risau kerana dengan penampilan anda yang kemas, bersih dan wangi ini mampu menjaga anaknya degan sebaiknya seperti anda menjaga diri anda dalam kekemasan diri.

 

5.   Jaga Tingkah Laku dan Bahasa

 

Menjaga perilaku dan bahasa adalah harus diterapkan dalam setiap insan.  Tidak kira anda berada dimana, dengan siapa dan apa sekali pun.  Bahasa dan tingkah laku adalah penting dan menunjukkan itulah diri anda yang sebenarnya.  Setiap emak juga mahukan bakal menantu yang mempunyai sifat baik sedemikian.  Jadinya latihlah diri anda kearah positif supaya anda diterima baik oleh bakal emak mertua anda dan keluarga pasangan anda itu.

 

 

                                                                    style.tribunnews.com

 

 

Untuk elakkan rasa terguris hati oleh emak pasangan anda itu,  anda haruslah berhati-hati menjaga intonasi anda dengan sewajarnya.  Hal in kerana jika anda adalah seorang yang sedemikian, bakal emak mertua anda sudah pasti suka dengan anda kerana sikap yang baik itu.  Perlakuan baik seperti itu juga mampu menjaga maruah keluarga yang bakal anda bangunkan bersama anak kesayangan beliau pada masa akan datang.

 

6.   Cuba mengalah dalam sesuatu yang tertentu 

 

Sifat mengalah dalam sesuatu benda ini semestinya ada perasaan sedikit geram jika apa yang benar dituturkan oleh kita itu ada benarnya dan tidak dimenangkan.  Apabila anda bertutur kata dengan keluarga pasangan anda itu dan terutamanya emak si dia,  adalah lebih baik anda mengalah sedikit untuk mengelak sebarang krisis pergaduhan dan penolakan diri sebagai bakal menantu.   Hal ini kerana jika anda mengalah, anda tidak semestinya kalah terus dan malahan akan menunjukkan sifat bahwa anda seorang yang penyabar dalam sesuatu perkara.

 

Perkara seperti ini juga terkadang terjadi kerana bakal emak mertua anda itu hanya mahu menganalisis anda dalam diam sahaja.  Itu adalah namanya ujian untuk mengetahui siapa anda sebelum berkahwin dengan anak manjanya.  Jadinya, sabarlah ya!

 

7.    Masukkan resipi memuji

 

Apabila anda berada dirumahnya atau pun bersua dengan emak pasangan anda itu,  apa kata anda bermanis mulut dengan bakal mertua anda itu.   Contohnya seperti anda memuji masakan bakal mertua anda itu apabila dijemput makan bersama.  Anda juga boleh selitkan seperti rasa ingin belajar seperti yang dilakukan oleh orang tua tersebut.   Hal ini pasti akan membuatkan bakal mertua anda itu rasa senang hati dan lembut.

 

 

kabarnesia.com

 

 

Tetapi jangan pula anda cuma memuji kosong tanpa memaksudkannya.  Anda juga tidak perlu mengampu terlebih dari yang nyata contohnya ” masakan mak cik seperti rasa masakan bidadari dikayangan”.  Kerana orang tua ini adalah lebih arif tentang sel belok diri seseorang tersebut sama ada ikhlas mahupun tidak. hehehehe jadinya berhati-hati lah ya.

 

Okay semua, itu sahajalah tips yang wajar anda ikuti untuk mengambil dan menawan kubu peperangan iaitu hati emak pasangan anda itu.  Semoga semua tips diatas ini memberi manfaaat kepada anda dengan jayanya.   Oleh itu, semoga anda menjadi dan terpilih sebagai bakal menantu yang baik oleh bakal mertua anda.  Semoga berjaya!

 

Sekian.