single's heart

Mudahnya Penyeri Hubungan Cinta!

Mudahnya Penyeri Hubungan Cinta!

 

Dalam setiap hubungan yang terbina, pasti setiap pasangan mahukan hubungan tersebut terus berhubung sehingga ke alam perkahwinan dimasa akan datang.  Baik lelaki mahupun wanita amatlah perlu menitikberatkan tentang hal sampingan yang akan membuatkan hubungan anda menjadi seri dan seterusnya kekal berpanjangan.   Ya lah, siapa sahaja yang tidak mahu hubungan yang kekal dan tidak putus itu kan.  Jadinya, dibawah ini akan disiarkan untuk anda semua tentang apa itu hubungan yang berseri dan cara mudah supaya hubungan anda dan kekasih sentiasa mekar dan baik-baik sahaja.

 

  •  Senyuman dan  Interaksi 

Apabila anda pergi berdating dengan kekasih anda itu, anda haruslah jangan membuat muka yang agak kusam mahupun ketat.  Hal ini kerana dalam logiknya, senyuman itu adalah penyeri perbualan dan situasi.  Kekasih anda pasti rasa tenang je melihat anda yang sentiasa senyum dan memberi tindak balas yang baik ketika berbicara.  Huhuhu jika anda sedang berbual dengan orang lain juga anda perlu senyum kan? kalau tidak semestinya kelihatan aneh. hehehe

 

                                                                                                      kwikku.com

 

 

Selain itu, jangan pula teralu senyum tanpa sebab kerana pasti akan membuatkan diri anda kelihatan pelik.   Seterusnya, kawal diri anda dari terus berbicara disaat kekasih anda mengalami kekusutan sejenak.  Contohnya, dalam keadaan kelam kabut mencari jalan selepas mengalami kesesatan.  Jika and buat juga perkara seperti diatas pasti akan menimbulkan pergaduhan.  Jadinya kurangkan diri anda dalam interaksi disaat mengalami situasi sebegitu.  Namun, jangan pula selepas keadaan anda menjadi diam dan tidak bercakap langsung.  Cuba lah senyum dan sabar.  Pasti pasangan anda juga turut tenang dan hubungan anda tidak akan pergi ke arah ambang kejatuhan  🙂

 

  • Jangan Terlalu Mengongkong

 

Anda rasa agak terancam apabila pasangan anda itu sedang berbual dengan orang lain?  Lebih-lebih lagi berlainan jantina.   Anda juga takut jika ada yang mendekati pasangan anda itu. Cuba anda fikirkan apabila anda terlalu kawal dia dari berinteraksi dengan orang sekeliling yang dia kenali.  Pasti kesannya akan sedikit teruk.  Kerana orang sekeliling yang mengenali pasangan anda itu akan berfikir bahawa pasangan anda itu adalah sombong dan berlagak.  Seterusnya anda juga terkait diperkatakan sebegitu kerana anda adalah kekasihnya.  Jadinya cuba elakkan terlalu mengongkong pasangan anda itu.  Selain itu juga pasangan anda tentu tidak akan rimas dengan setiap kongkongan yang anda lakukan.

 

 

                                                                                                       siraplimau.com

 

Biarkan sahaja si dia mahu berkawan dengan sesiapa kerana masing-masing tahu apa erti batasan dan kesetiaan.  Cuma anda perlulah mengambil tahu dengan siapa dia berkawan, dimana dan apa yang si dia lakukan.  Jika anda terus membuat sambil lewa sahaja sudah pasti lain jadinya seperti pasangan anda itu berfikir anda tidak memberi perhatian terhadap si dia.   Oleh itu, hargai si dia yang menyintai anda dan elakkan mengongkong pasangan anda berlebihan kerana itulah jalan membuatkan hubungan anda berterusan kekal.

 

  • Jadi Diri Sendiri 

 

Tahukah anda apa itu natural?  Haa, natural itu beerti  adalah aslinya dari dalam diri anda.  Hal ini kerana tidak semua pasangan mahukan cuma kecantikan luaran sahaja tetapi apa yang diperlukan adalah kebaikan hati yang ikhlas.  Bagi wanita, anda tidak perlu mencantikkan diri anda dengan makeup yang tebal semangkuk sahaja, tetapi anda jadilah diri anda seadanya kerana lelaki lebih sukakan wanita yang semula jadinya cantik asli.

 

 

                                                                                            ciricara.com

 

Tetapi berwaspadalah, ada juga negatif dan positif nya apabila anda mencuba jadi natural.  Pastikan pasangan anda pernah melihat anda dengan solekan dan tidak bersolek.  Ia nya kerana untuk memastikan si dia mahukan anda dengan ikhlas ataupun sekadar cantik sahaja.  Namun ini juga boleh dijadikan satu uji kaji untuk melihat pasangan anda itu ikhlas dan baik ataupun mahukan kebanggaan sahaja memiliki anda

 

 

                                                                                                 vemale.com

 

Daripada wanita, lelaki juga boleh menguji pasangan hati anda itu. hehehe caranya senang sahaja dengan keluar bersamanya dalam keadaan diri anda sebenarnya seperti dirumah.  Tapi jangan pula sehingga memalukan diri anda sendiri.  Jika wanita tersebut tidak kisah siapa anda maka dialah yang terbaik untuk anda.  Hubungan penyeri ini akan lebih berkembang dan tulus apabila adanya anda dan pasangan menjadi seorang yang diri sendiri dan tidak hipokrit.

 

  • Kematangan Membawa Kebahagiaan 

 

Dalam perhubungan, apa yang wajar diterapkan selain semuanya diatas adalah  anda dan si dia senang dibawa berbincang dan pandai bertoleransi.  Apabila ada timbulnya masalah yang tidak diingini, anda mahupun pasangan perlulah duduk berbincang dan bersemuka untuk menerangkan apa yang benar dan salah.  Hal sebegini dapat meningkatkan daya hubungan yang baik dan positif.  Proses kearah putus itu pasti tidak akan terjadi.  Setelah berbincang dengan matang,  Berilah kejujuran dan sokongan serta tunjukkan perasaan sayang terhadap pasangan anda itu.

 

 

                                                                                        pesonapengantin

 

Oleh itu,  hubungan anda dan pasangan akan jauh dari pergaduhan dan seterusnya bahagia.  Anda dan pasnagan dapat mempelajari apa yang perlu dan tidak perlu dalam hubungan.  Sesungguh nya fakta lain, belajar dari kesilapan itu sangan matang dan baik.

 

 

  • Jaga Diri

Anda haruslah menjaga hubungan anda sebaiknya daripada dimasuki leh orang ketika.  Oleh itu salah satu caranya anda haruslah jaga diri anda sendiri daripada kerap bergaul dengan berlainan jantina dan mudah disentuhi.   Tidak perlu anda terlebih berbual dengan perkara yang tidak penting sehingga melebihi batas hubungan yang sepatutnya anda jaga.   Sebagaimana pasangan anda jaga hubungan dan tidak terlalu melayani orang luar yang lain,  anda juga wajar adil dan jaga diri anda sendiri.

 

 

                                                                                                            apakes.com

 

 

Setiap pasangan sangat suka dan dihargai apabila pasanganya tidak melayani orang lain jantina yang lain sehingga menimbulkan rasa cemburu dan seterusnya kearah pergaduhan.

 

Okay semua, itu sahajalah coretan yang dapat menyerikan hubungan cinta anda dengan kekasih.  Semoga tips sederhana seperti diatas ini banyak membantu dan memberi impak yang positif untuk anda dan pasangan.

 

Selamat maju jaya mengecapi hari bahagia anda!  byeeee.  🙂