single's heart

Cara Berbaik Semula dengan Teman Lelaki

Cara Berbaik Semula dengan Teman Lelaki

Anda baru sahaja bergaduh dengan teman lelaki anda dan ianya salah anda sendiri. Siapa ja tak buat silap kan? Jika masih sayang, cuba berbaik semula dengan sidia. Kita bercinta masing-masing perlu bertolak ansur dan buang ego sama-sama. Tak syok la asyik gaduh-gaduh kan.

 

pairedlife.com

 

Jadi, apa yang perlu anda buat? Tidur sahaja? Senyap dan lihat siapa ketawa dulu atau tidak pedulikan konflik tersebut dan move on seperti tiada apa-apa berlaku? Semua strategi itu kadang-kadang menjadi tapi ianya lebih baik jika anda memujuk pasangan anda itu dan berbaik semula. Barulah anda berdua boleh tidur dengan lena tanpa memikirkan perbalahan tersebut. Setuju tak? Mari kita lihat cara-cara berbaik dengan teman lelaki anda di bawah.

 

Ucapkan kata maaf dengan seikhlas hati

Untuk mendapatkan kembali mood yang baik dalam hubungan, kadang-kadang anda perlu mengalah dan berkorban. Seorang daripada anda berdua perlu bertolak ansur dan bermula dengan berkata “Saya minta maaf” untuk pembukaan yang baik dalam memulakan perbualan ketika berlaku pergaduhan. Dimana ianya membuatkan anda berdua senang untuk berbincang dan menjumpai kesimpulan serta akhirnya kembali bahagia.

 

pronaladu.cz

 

Pikat hatinya balik

Percaya atau tidak, seperti mana kita perempuan suka dimanja-manjakan dan begitu juga lelaki. Ada yang mengatakan nak pikat lelaki ini, kita kena pikat perutnya. Jadi, cuba buatkan untuk sidia makanan kegemarannya.

 

bashcorner.com

 

Buat sidia tersenyum

Tunjukkan gambar-gambar lucu contohnya foto-foto ketika zaman kanak-kanak, buat jenaka baru ataupun perkara-perkara yang membuat sidia ketawa. Mana tahu sidia tersenyum kan?

 

lovepanky.com

Ajak dan bawa sidia lakukan aktiviti menarik

Lakukan aktiviti menarik adalah idea terbaik. Jadi spontan, bersiap-siap dan bawa sidia keluar berjalan. Pergi lakukan aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti pergi tengok wayang di pawagam, main bowling atau bersiar-siar dan dengan itu boleh merapatkan hubungan anda berdua.

 

freepik.com

 

Luahkan perasaan sayang kepadanya

Cuba untuk memujinya dan mengingatkan sidia yang betapa anda menyayanginya dengan seikhlas hati. Sidia takkan dapat tahan untuk tidak menghiraukan anda dengan kata-kata manis anda itu kepadanya.

 

aconsciousrethink.com

 

Berbual topik lain

Jangan biarkan pergaduhan anda berdua terlalu lama. Cuba untuk berbaik dengan berbual perkara dan topik lain yang menarik minatnya seperti tentang kereta ataupun sukan. Mana tahu dalam anda dan sidia rancak berbual dapat meredakan kemarahannya dengan perlahan-lahan.

 

psychologytoday.com

 

Baiklah, saya harap artikel ini dapat membantu anda semua dalam berbaik semula dengan teman lelaki anda itu. Anda boleh cubanya dan merapatkan kembali hubungan. Sampai disini sahaja artikel kali ini, jumpa lagi pada artikel yang seterusnya. Byebye ~