single's heart

Menangani Teman Lelaki Anda yang Cemburu

Menangani Teman Lelaki Anda yang Cemburu

Mempunyai teman lelaki yang kuat cemburu kadang-kadang sangat sukar dan mungkin mengambil banyak masa untuk memujuknya sahaja. Perasaan cemburu itu sememangnya perlu untuk setiap orang tapi janganlah sampai terlalu cemburu sehingga membuatkan pasangan anda rasa dikongkong. Sampai satu tahap anda terpaksa berbohong untuk melakukan kerja dan lain-lain apabila berkaitan dengan ramai orang terutamanya berurusan dengan lelaki.

 

momjunction.com

 

Walau bagaimanapun, ada sebab kenapa pepatah ‘Kejujuran adalah dasar terbaik’ telah diwujudkan. Apabila seseorang berbohong, kepercayaan itu sendiri cenderung untuk hilang, kepercayaan yang sepatutnya menjadi asas bagi setiap hubungan. Selepas anda kehilangan kepercayaan, anda terpaksa hidup dalam keadaan yang rasa serba salah. Kadar denyut jantung yang cepat, sentiasa mereka cerita-cerita yang dibuat-buat secara berkali-kali, takut kebenaran mungkin terlepas dalam perbualan. Adakah ia berbaloi? Berikut adalah beberapa tip untuk menangani kecemburuan teman lelaki anda.

 

Jangan menipu 

Berbohong bukanlah jawapannya, lebih baik anda jujur dalam setiap perkara yang akan membuatkan sidia cemburu untuk menjaga hubungan anda berdua dan hadapnya dengan yakin. Pasti anda mungkin akan bergaduh tetapi sekurang-kurangnya itulah langkah pertama untuk tidak kehilangan kepercayaan daripada sidia. Cuba sidia pula bohong dengan anda seperti anda buat. Mesti anda tidak mempercayainya lagi. Maka, walau apapun perkara tersebut, jangan sesekali berbohong.

 

bustle.com

 

Talk vs. Complain

Walaupun lelaki kelihatan sangat keras kepala, berbincang dan menyuara tentang sesuatu masalah itu betul-betul membantu. Pilih masa ketika sidia tengah santai dan bercakap dengan menyatakan kebimbangan kepadanya, bukan dengan mengeluh dan merungut tentang sikap degilnya. Siapa ja yang suka kena membebel kan? Jadi, jika nak nasihat ke ataupun mahu beritahu sesuatu, bercakap dengan baik dan nada yang tenang. Barulah sidia akan mempercayai anda dan tidak akan selalu cemburu.

 

lovepanky.com

 

Ambil tindakan

Kenapa tidak memperkenalkan teman lelaki anda kepada orang yang dia cemburu. Jika dia dapat mengenali mereka, mungkin sidia akan melihat apa yang anda lihat dan tidak akan merasakan cemburu itu lagi. Tidak memperkenalkan teman lelaki anda dengan mereka yang sidia cemburu itu tidak dapat membantu dalam membuang kecemburuan sidia. Dengan berkenalan mana tahu sidia mula tidak cemburu lagi.

 

elitedaily.com

 

Beri jaminan 

Kebimbangan akan mendatangkan kecemburuan dan setiap orang membenci perasaan tersebut. Terangkan setiap perkara pada sidia dengan cara yang paling baik dan lembut, katakan yang sidia satu-satunya yang anda ada. Contohnya anda ada urusan dengan seseorang itu dan terus beritahunya perkara sebenar dan yakinkan sidia anda tidak akan melakukan apa-apa yang melibatkan perasaan. Jika sidia masih tidak percaya, ajaknya ikut sekali pergi. Jangan berleter padanya seperti dia seorang pelajar dan tunjukkan sayangnya anda padanya serta berikan sepenuh perhatian.

 

womenshealthmag.com

 

Letakkan diri anda dalam situasi sidia

Walaupun cemburu lelaki adalah sifat yang boleh mendorong wanita bosan, selalunya cemburunya datang dari cinta. Jangan terima cemburu tetapi cuba meletakkan diri anda dalam situasi sidia dan bertindak balas dengan sewajarnya. Mana tahu nanti anda pula yang kena kan? Hidup ini seperti roda, apabila seseorang itu telah merasainya, mungkin satu hari nanti ianya terjadi pada anda pula.

 

withmyexagain.com

 

Realiti bukan seperti drama dan filem

Terdapat ayat mengatakan bahawa lelaki sejati tidak akan cemburu. Walau bagaimanapun, kita tidak hidup dalam drama atau filem komedi romantis dan lelaki adalah juga seorang manusia. Perasaan dan emosi adalah tindak balas semula jadi. Caranya adalah dengan mengendalikan sidia dengan baik dan bijak supaya anda boleh maju ke hadapan.

 

independent.co.uk

 

Jadi, macam mana? Saya harap artikel menangani teman lelaki anda yang cemburu ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah cemburu teman lelaki selepas ini. Baiklah, sampai disini sahaja artikel saya pada kali ini. Jumpa anda lagi pada artikel yang lebih menarik. Daa~