single's heart

Bagaimana Mengatasi Rasa Malu dengan Lelaki

Bagaimana Mengatasi Rasa Malu dengan Lelaki

Pernahkah anda bertemu dengan seseorang yang anda sukai tapi rasa malu anda hanya membuat perkara menjadi agak janggal? Jangan bimbang anda tidak bersendirian. Ramai sahaja wanita diluar sana mempunyai masalah ini. Dan ada juga yang terlalu malu sehinggakan ia mempengaruhi kehidupan sosial seseorang. Ianya bagus untuk kita sebagai wanita mempunyai sifat malu tapi jika nak berkomunikasi pun malu-malu, anda akan susah untuk berhubungan dengan orang lain. Macam mana nanti jika anda mahu bekerja dan memerlukan pertolongan daripada orang lain jika anda hanya berdiam diri sahaja dan mementingkan sifat malu anda serta terus ego. Hidup anda perlulah seimbang sebagai dari segi sosial. Jangan terlalu sosial dan jangan juga terlalu pemalu. Anda akan sentiasa dalam kesusahan.

 

ludassocial.com

 

Anda perlu tahu atasi sikap malu anda itu dan mengetahui cara bergaul serta berkomunikasi apatah lagi jika anda yang ingin mencari pasangan hidup. Anda menyukai sidia dan perlu bertindak sesuatu untuk bertegur dan berkenalan dengannya. Bukan lelaki sahaja yang perlu mulakan perkenalan, wanita juga boleh memikat seseorang yang anda minat. Kalau tidak, anda sendiri akan terlepas dan merana. Cuba sahaja mana tahu boleh membuat seseorang terpikat. Jika sidia menolak anda, tidak perlu terhegeh dan move on sahaja, cari orang lain walaupun susah. Itu sahaja caranya. Ramai wanita fikir ia sebenarnya comel menjadi sedikit pemalu di sekeliling lelaki tetapi percayalah, apabila ia berlebihan, ianya boleh membuat sidia turnoff dengan anda. Ketahui cara menjadi lebih selesa dan yakin di sekeliling lelaki dengan tip sederhana ini. Mari lihat.

 

Pakai yang menarik perhatian

Kelihatan menarik secara automatik akan membuat anda berasa baik tentang diri anda sendiri dan akan membuat anda lebih yakin. Ini juga akan memberi anda keberanian untuk memulakan perbualan kecil dengan crush anda, yang mungkin akan memberi anda pujian atau memikat anda. Tetapi kesederhanaan juga merupakan kunci dalam mengatasi masalah rasa malu. Solekan yang berlebihan dan overdressing adalah tidak patut sama sekali.

 

women-s.net

 

Mulakan bercakap

Bercakap bermakna berkomunikasi. Jadilah seorang yang mesra dan friendly. Seorang gadis pemalu yang tenang pasti terlepas daripada bersosial dan mungkin membuat orang di sekelilingnya turnoff untuk berinteraksi dengannya. Ini akan membuat anda akhirnya kesepian dan ditinggalkan. Saya tak kata yang anda perlu buat jenaka di sana sini, namun ia tidak akan merosakkan suasana jika anda cuba berkongsi dengannya tentang hari anda dan bertanya kepadanya juga tentang sidia pula. Ia akan membolehkan anda berdua lebih selesa di antara satu sama lain dan teka, anda mungkin dapat tahu persamaan antara anda dan sidia juga!

 

zoosk.com

 

Tonjolkan kelebihan anda

Sekiranya anda mempunyai bakat, tunjukkannya! Cari sesuatu kelebihan yang anda boleh buat dengan baik dan rasa gembira dengannya. Bercakap mengenai sesuatu yang anda sayangi atau anda berminat akan memberi kelebihan dan meningkatkan harga diri anda. Sentiasa tahu bahawa anda adalah istimewa dan unik. Setiap orang pasti mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi, jika masih mencari apa kelebihan anda, cuba cari dan jadikan hobi. Mana tahu boleh gembirakan diri anda dan lakukan sesuatu yang boleh buang rasa bosan dalam kehidupan anda. Ianya juga boleh mengatasi masalah depressi seseorang.

 

womanandhome.com

 

Meningkatkan kemahiran sosial anda

Melibatkan diri dalam tarian, yoga atau kelas memasak akan membuat perbezaan yang besar. Ketahui bagaimana untuk yakin memperkenalkan diri kepada orang yang anda jumpa untuk kali pertama. Semakin ramai kawan yang anda ada, kemahiran sosial anda menjadi lebih baik dengan usaha anda itu. Satu lagi katakan tidak pada telefon. Menghantar mesej atau bergayut dengan telefon anda semasa keluar dengan orang lain adalah salah satu kesilapan yang sentiasa ramai orang lakukan. Ianya adalah masa untuk anda berbual dengan orang disekeliling anda apabila berada diluar dan berkumpul. Lepaskan diri daripada berita Facebook dan Instagram hanya untuk berjam-jam. Semakin anda bergaul di luar, semakin mahir cara pergaulan dan komunikasi anda.

 

riverview.org

 

Jangan biarkan masalah terus menguasai anda

Saya selalu percaya bahawa mengakui yang anda mempunyai masalah adalah langkah pertama untuk pemulihan. Sekiranya anda malu dan anda tahu, anda mesti berusaha untuk melakukannya, maka anda berada di jalan yang betul. Tetapi jika anda memutuskan untuk melabelkan diri anda sebagai pemalu, maka anda akan sentiasa hidup dengan jangkaan itu. Jangan cemas apabila anda berada di sekeliling lelaki, sentiasa ingat untuk merasa selesa, bau yang baik dan sentiasa kelihatan baik.

 

datetricks.com

 

Jadi, macam mana? Saya harap artikel ini dapat membantu anda dalam mengatasi rasa malu dengan lelaki selepas ini. Jangan biar ia terus menguasai anda. Berubah untuk kebaikan masa depan anda. Baiklah, sampai disini sahaja artikel saya pada kali ini. Jumpa lagi pada artikel-artikel lain. Bye semua!