single's heart

5 Aplikasi Dating Popular Di Malaysia 2019

5 Aplikasi Dating Popular Di Malaysia 2019

Sudah masuk tahun baru 2019 ini tetapi anda masih lagi belum bertemu dengan seseorang pilihan hati anda? Huh penat betul mencari kekasih hati di zaman sekarang ini kan.  Lebih lagi yang betul-betul ‘truly love’.  Anda pula sudah penat mahu mencari lagi tetapi tetap berharap dapat berjumpa dengan sang kekasih hati.  Kalau boleh teringin mahu menamatkan zaman bujang anda dengan awal.  Huhuhu. Apa kata anda cuba mencari jodoh anda di aplikasi yang ada di Malaysia ini.  Jadinya, pelbagai aplikasi dating dibawah ini adalah aplikasi yang popular di Malaysia yang boleh anda lawati.

 

  1. Muslima

 

Di Malaysia, muslim adalah populasi agama yang paling merangkupi penuh graf.  Laman web dating Muslima ini adalah laman web yang sangat sesuai untuk anda mencari pasangan yang muslim.  Anda juga perlu daftar terlebih dahulu untuk mengisi lampiran anda.  Mungkin anda boleh bertemu dengan pasangan anda di laman web Muslima.

 

 

muslima.com

 

Anda juga sememangnya mahukan seseorang yang muslim. Jadinya tidak perlu memikir panjang untuk memasuki laman web tersebut kerana di situ kesemuanya adalah muslim.  Tetapi jangan lupa untuk klik bendera Malaysi tau!  jika tidak anda akan berjumpa dengan pilihan yang dari pelbagai Negara. Silap- silap bercinta pula dengan orang berlainan Negara. Heheheeh tetapi apa salahnya kan!

 

 

 

  1. Baituljannah.com

Nah, laman web ini adalah laman web mencari jodoh yang popular juga di Malaysia tau. Anda tringin berdating dengan seseorang walaupun untuk berkawan, anda boleh layari ke laman web jodoh ini. Hihihi.  Anda juga boleh mencari pasangan hidup anda diBaituljannah ini.  Selanjutnya, BaitulJannah ini adalah laman web yang keseluruhannya muslim.  Sekiranya anda ingin jodoh yang aslinya muslim, ha lawati lah laman web tersebut.

 

 

baituljannah.com

 

Untuk pilihan yang anda gemari, anda tidak perlu risau kerana aka nada bahagian kriteria pasangan yang anda inginkan tau.  Baituljannah juga telah memadankan beribu-ribu orang pasangan sehingga ke jinjang pelamin.  Malah, ada yang sampai bernak pinak juga tau.  Jika anda lawati ke laman web ini, Sudah tentu anda akan bingung kerana pilihan yang tertera disitu pasti ramai.  Jangan fikir anda kurang layak kerana setiap oaring pasti ada sifat mereka tersendiri.  Apa-apa pun ‘humble makes perfect’ heheheeh..

 

 

  1. Malaysiancupid

 

Anda mahukan teman seperti berlainan agama? Atau mahukan mereka masuk ke islam dan menjadikan mereka sebahagian dari hidup anda?  Anda cuba lawati Malaysiancupid. Di laman web ini anda akan berjumpa dengan ramai orang yang dari pelbagai agama dan bangsa yang ada di Malaysia ini.  Terkadang apa salahnya berkenalan dengan seseorang yang berlainan dengan diri kita.  Asalkan kita berpegang teguh pada agama sendiri.

 

 

malaysiancupid.com

 

Salah satu manfaat anda berkenalan dengan orang berlainan bangsa dan agama ini adalah dapat meluaskan pandangan dan minda sendiri.  Mana tahu akan datang setelah berkenalan terus pula meneruskan hubungan yang serius iaitu perkahwinan! Huhuhuhu

 

 

 

  1. DateMyAge

 

Anda mahukan terus mencari pilihan hati dengan peringkat umur?  Haaa, senang sahaja tau. aplikasi ini menyenangkan anda untuk terus menekan umur jangkaan berapa yang anda selesa.  Lawati DateMyAge ini dan anda pasti akan senang kerana laman web ini juga mudah untuk digunakan.  Ianya sangat popular di Malaysia.  Laman web ini juga telah banyak menyatukan pasangan yang dari awalnya mahukan persahabatan sehingga ke perkahwinan yang berkekalan.

 

 

datemyage.com

 

 

Jangan risau dengan privasi anda kerana setiap aplikasi pasti aka nada security masing-masing tau. Anda terus sahaja menekan jantina anda berdaarkan symbol dan umur jangkaan pasangan yang anda inginkan.  Dan seterusnya klik untuk melihat pilihan yang anda mahukan yang mungkin menarik minat anda. Cuba tau jangan tak cuba! heheheJ pepatah lain menyatakan ‘lucky are beyond by your own’.

 

 

  1. AsianDating.com

 

Haa, siapa sahaja yang tidak mengetahui laman web popular di Malaysia ini. Laman web dating ini telah pun meluas di seluruh Malaysia dan di luar sehingga ke Asia.  Malah laman web ini telah dikerumuni ramai orang sehingga mempunyai lebih 1 juta pelawat yang mencari teman hidup mereka sendiri.  Anda patut mencubanya.  Mana tahu anda boleh berjumpa kawan di laman web tersebut.  Entah-entah anda bakal berjumpa jodoh anda ditemoat tersebut. Hehehehe.  Laman web ini malah senang digunakan dan mempunya sistematik yang mampu diikuti.  Belum cuba belum tahu tau!

 

 

asiandating.com

 

Baiklah, itu lah 5 aplikasi popular untuk mencari teman dating anda.  Anda sudah jemu mencari diluar sana.  Jadinya cubalah solusi yang baru dengan mencari teman anda dilaman web yang popular seperti diatas.

 

 

effriuyeh.blogspo

 

 

Menjelang 2019 ini anda patut mengubah diri anda kearah seseorang yang baru. Huhuhu Selamat mencuba untuk anda dan selamat Berjaya ya.  Mudah mudahan nasib yang baik akan menjadi milik anda kelak.

Bye!  😀