single's heart

7 Kelebihan Travel Bersama Pasangan!

7 Kelebihan Travel Bersama Pasangan!

Untuk mereka yang sedang hangat bercinta itu, pernahkah anda dan pasangan membuat perancangan untuk bercuti bersama-sama?  Haa, banyak kelebihan yang baik apabila bercuti bersama-sama dengan pasangan ni tau.  Dengan travel bersama pasangan jugalah anda dapat mengenali hati budi pasangan anda dengan luhurnya.   Mahu tahu kelebihan travel bersama pasangan?  Nah, jom ikuti perkembangan perkongsian ini dibawah.

 

 Kepercayaan 

Apabila berada di tempat yang dirancangkan, inilah masanya mengenali pasangan anda dengan lebih dalam.  Anda dan pasangan saling berhati-hati dan menjaga antara satu sama lain.  Anda juga akan melihat kesungguhan si dia menjaga anda dari pelbagai segi.  Salah satunya hati anda.  Anda juga dapat melihat kesungguhan dia yang sentiasa bersama dengan anda tidak kira apa pun terjadi.  Lalu ia membuatkan anda dan si dia mempunyai kepercayaan yang tinggi serta sikap saling memerlukan.

 

 

bm.cari.com

Jadinya, anda tidak perlu lagi berasa gementar jika travel bersama pasangan.  Kerana anda pasti akan rasa sentiasa ditemani.

 

 

Hubungan Menjadi Lebih Erat

 

gemintang.com

 

Jika pasangan anda bergaduh,  apa kata cara memujuknya anda membawa si dia pergi travel.  Apabila sampai di travel pasti si dia sudah kurang rajuknya kerana di tempat yang asing itu, sudah semestinya si dia cuma mengenali anda seorang sahaja.  Jadinya, hubungan anda dan pasangan akan bertambah erat kerana rajuknya kian hilang.  Dengan travel, hubungan anda dan pasangan akan bertambah rapat serta lebih menyayangi antara satu sama lain.

 

Saling Melindungi

Apabila travel bersama pasangan bercinta,  Semestinya dengan spontan pasangan pasti akan saling melindungi dari bahaya mahupun perkara negatif yang tidak diingini berlaku.   Lebih-lebih lagi apabila lelaki, pasti si lelaki sangat melindungi kekasihnya. Dengan cara ini, kelebihan yang dapat dilihat sama juga seperti kepercayaan.  Apabila anda dan pasangan pergi travel di luar negara mahupun dalam negara, lindungilah kekasih anda jika anda seorang lelaki.  Lelaki yang melindungi wanita adalah lelaki yang baik dijadikan suami.  Hal ini kerana wanita yang sekuat mana pun pasti akan memerlukan seorang pelindungnya.  Itulah salah satunya kelebihan travel dengan pasangan.

 

 

hipwee.com

 

 

Wujudnya Rasa Romantik

 

thevocket.com

 

 

Setiap pasangan juga tahu bahawa travel bersama insan tercinta sangatlah romantik kerana itulah masa peribadi anda dengan pasangan untuk meluangkan bersama.  Travel bersama pasangan ini juga sangat sesuai seperti mereka yang sejenis bekerja keras dan tiada masa untuk bercuti.  Jadinya, apa tunggu lagi.  Rancangkan wang anda dengan sebetulnya untuk bercuti dengan pasangan anda ditempat yang menarik dan romantik.  Anda juga boleh sahaja memilih destinasi seperti Eiffel Tower ataupun Switserland sebagai destinasi yang romantik untuk bercuti bersama pasangan.  Kerana banyak juga lagi tempat yang menarik yang boleh dipilih untuk bercuti.  Dengan wujudnya rasa sayang dan romantik.  Anda juga boleh pergi lagi destinasi percintaan anda selepas berkahwin.  Pasti hubungan anda dengan pasangan bertambah sayang dan erat.

 

Dapat Berjimat Cermat

Apabila anda dan pasangan merancang untuk bercuti.  Pasti dalam fikiran sudah terfikir dan tertulis destinasi yang baik dan disamping itu dapat berjimat cermat.  Dengan secara semula jadinya anda akan kumpul duit peringkat demi peringkat untuk mencapaikan hasrat bercuti dengan pasangan.  Ramai juga yang menyatakan bahawa bercuti sangat membuangkan waktu dan duit.  Lebih-lebih lagi  dengan pasangan.  Itu adalah sangat membazir jika anda tidak mencermatkan duit ketika berada di destinasi yang dituju.  Oleh itu, kelebihan travel dengan pasangan ini pasti dapat mengingatkan diri sendiri dan juga pasangan bahawa berjimat cermat dalam berbelanja.  Untuk di destinasi juga, bukan hanya membeli belah barang yang tida perlu.  Tetapi menggamitkan dan menghargai masa yang ada dengan pasangan anda sebelum balik ke tempat sendiri untuk memulakan kerja.  Apabila kerja bermula pasti masa sangat singkat dan suntuk untuk diluangkan bersama pasangan anda.

 

Kesetiaan Hubungan

Anda dan pasangan adalah pasangan yang suka travel. Anda juga seorang yang setia terhadap si dia.  Apa- apa destinasi pasti pasangan akan mengajak anda bercuti bersama.  Dengan sikap yang seperti itu juga dapat menunjukkan bahawa pasangan anda sangat setia.  Dengan bercuti dengan anda di tempat yang jauh dengan tidak mengenali sesiapa di situ adalah sangat mewujudkan kesetiaan si dia terhadap anda.  Hal ini kerana. si dia tidak berasa takut mahupun melindungikan apa-apa kerana anda adalah pasangan satunya untuk si dia.

 

zonejunk.com

 

Mendapat Perkembangan Diri

Selain anda dan pasangan boleh mengenali antara satu sama lain semasa travel berdua, anda juga dapat melihat luasnya pemandangan alam di tempat lain.  Anda juga boleh mengenali ilmu baru di tempat percutian anda jika destinasi yang anda tuju itu mempunyai peninggalan sejarah.   Manfaat yang baik juga dapat diterapkan kerana anda akan mempunyai pengetahuan yang luas.  Jika destinasi anda mengembara dengan mendaki gunung atau bukit di luar negara.  Ia secara tidak langsungnya dapat memuaskan hati anda dan pasangan melihat keindahan alam yang terjadi.

 

Okay, sudah nampakkah kelebihan travel bersama pasangan? Haa, bagaimana?  mahu membuat erancangan bercuti dengan pasangan?  Wau ianya adalah baik untuk anda dan pasangan seperti kelebihan diatas itu semua.  Rancanglah masa anda dengan dia sebaiknya.  Lebih lagi apabila masing-masing tidak bersua muka sudah lamanya.  Ianya amat memerlukan hubungan erat antra anda dengan pasangan iaitu travellah dengan pasangan anda.  Baiklah, Selamat merancang masa peribadi dengan pasangan tercinta ! bye.