single's heart

Month: April 2018

6 cara mudah untuk menghilangkan stress

6 cara mudah untuk menghilangkan stress

Ramai diantara kita mesti pernah mengalami stress kan? Setiap orang mempunyai masalah masing-masing tidak kira masalah itu besar ataupun tidak. Pelbagai masalah seperti beban di tempat kerja, masalah kewangan, masalah kesihatan dan banyak lagi yang boleh memberi tekanan pada seseorang. Kita sebagai manusia tidak lari […]

Apa Sebab Masalah Dalam Hubungan

Apa Sebab Masalah Dalam Hubungan

Dalam hubungan semestinya mempunyai masalah yang berlaku. Lebih lagi bagi mereka yang menuju ke gerbang perkahwinan. Jika anda dan pasangan menghadapi masalah yang membuatkan anda dan si dia bertekak, jangan pula masing-masing melarikan diri dari masalah dan seterusnya cepat terus mencari pengganti.  Ingatlah, kekasih anda […]

Tips persiapan untuk traveller

Tips persiapan untuk traveller

Pasti ramai yang suka melancong kan? Mestilah bosan setiap hari asyik sibuk dengan kerja dan kehidupan harian sahaja. Apakata anda sekali sekala pergi bercuti untuk rehatkan minda dan berseronok daripada asyik sibuk dengan kehidupan harian anda itu. Letak tepi dahulu kerja-kerja anda itu dan pergilah bercuti samada berseorangan, bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Ianya tidak jadi masalah jika anda tahu persediaan dan persiapan sebelum melancong dalam memastikan percutian anda lengkap dan berjalan lancar tanpa masalah. Barulah anda boleh melancong dengan tenang dan puas.

 

blogradio.vn

 

Melancong adalah aktiviti seronok bersama keluarga atau kawan-kawan bagi merehatkan minda. Anda perlu tahu perancangan percutian anda dan membuat persiapan awal supaya memastikan percutian berjalan dengan lancar dan tidak membazir sebelum pergi bercuti. Rancanglah percutian anda dengan baik dan teliti agar ia menjadi momen yang gembira dan selalu diingati serta sentiasa dikenang. Para traveller pasti sudah biasa membuat persiapan sebelum pergi melancong kan? Pada yang ingin tahu tips persiapan sebelum pergi bercuti, saya akan kongsikan tips tersebut kepada anda semua. Mari kita lihat.

 

Pilih tempat percutian dan perancangan

Anda perlu menyenaraikan dan membuat research lokasi percutian yang anda ingin pergi. Senaraikan lokasi-lokasi menarik yang ada dan bincang bersama siapa yang anda ingin pergi bercuti bersama. Melalui perancangan, anda tidak perlu lagi pening kepala nak fikir ketika sudah berada di tempat percutian itu nanti dan hanya pergi mengikut perancangan yang disenaraikan. Dengan perancangan juga anda boleh tahu bayaran tambang dan jenis kenderaan sesuai untuk ke destinasi. Anda akan merasa tenang dan tidak perlu risau lagi jika membuat perancangan awal.

 

anwb.nl

 

Buat Tempahan awal

Buatlah tempahan awal sebelum pergi melancong seperti tempah tiket kapal terbang ataupun tiket bas bagi mendapatkan harga yang murah dan anda juga perlu buat penempahan awal bagi tempat penginapan seperti hotel mahupun resort untuk mengelak daripada harga lebih mahal ataupun kehabisan bilik lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan musim percutian.

 

mailroulette.org

 

 Uruskan wang dan bajet

Anda mestilah merancang serta menguruskan bajet dan wang supaya anda tidak perlu risau lagi tentangnya ketika pergi bercuti. Bagi mengelak daripada mempunyai masalah ketiadaan mesin atm untuk mengeluarkan wang, anda perlu memastikan wang mencukupi sebelum pergi melancong. Anda juga perlu mempunyai wang yang cukup sebelum pergi bercuti kerana mestilah anda mahu belikan cenderahati, makanan dan pelbagai lagi untuk dijadikan sebagai kenangan bercuti di tempat tersebut. Jadi, sediakan wang yang cukup bagi menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan. Perlu berhati-hati daripada penyeluk saku dan simpan wang anda di tempat yang selamat dan tidak mudah dicapai.

 

sandierpastures.com

 

Bawa barang dan keperluan penting

Pastikan anda membawa barang penting seperti passport, kad pengenalan, tiket kapal terbang ataupun tiket bas dan barang penting yang lain di dalam beg khas. Barang-barang lain seperti pengecas telefon, minyak angin, tisu, tisu basah, krim sunscreen, berus gigi dan yang lain juga penting untuk keperluan semasa bercuti. Jangan mencampurkan barang-barang penting dan pakaian dalam satu beg, nanti tercari-cari dan tergapai-gapai pula apabila mahu mencarinya serta bagi mengelakkan daripada barang-barang hilang. Jadi, asingkan setiap barang mengikut jenis barang itu dan dalam masa yang sama kurangkan juga kuantiti beg agar anda tidak perlu membawa terlalu banyak beg. Tidak perlu membawa pakaian yang terlalu banyak, hanya bawa pakaian yang sesuai dengan tempat destinasi percutian anda dan berpandukan berapa hari percutian anda itu. Lipat pakaian anda dengan rapi dan susunlah secara teratur supaya masih ada ruang untuk barangan keperluan yang lain dan bagi kesenangan ketika ingin mengambil barang di dalam beg. Anda juga perlu mengunci beg dan gantungkan tag nama, alamat serta nombor telefon pada beg bagi keselamatan dan mengelak beg dan barang-barang daripada hilang.

 

travelandleisure.com

 

zalando-prive.fr

 

Peta

Peta juga penting dibawa ketika bercuti kerana bukan semua tempat mempunyai internet dan signboard yang lebih terperinci untuk kita tahu jalan ke sesuatu tempat yang kita ingin pergi. Anda boleh cetak peta sesuatu lokasi atau membeli setibanya di destinasi. Ini akan memudahkan anda untuk merancang perjalanan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan.

 

blog.tripcreator.com

 

Okay, macam mana dengan tips pada artikel ini? Saya harap ianya dapat membantu anda semua dalam persiapan sebelum pergi bercuti. Nikmatilah percutian anda dengan puas dan lakukan aktiviti serta pergi tempat yang menarik untuk menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan. Jumpa anda lagi pada artikel yang lebih menarik! Daa~

Kesalahan dalam hubungan tanpa kita sedari

Kesalahan dalam hubungan tanpa kita sedari

Ketika anda sedang bahagia bercinta, pernahkah anda berfikir yang anda telah mengguriskan hati pasangan anda tanpa anda sedar? Tidak kiralah anda lelaki mahupun perempuan, anda tidak lari daripada membuat kesilapan. Janganlah sentiasa mempertahankan ego anda sahaja. Sampai bila-bila masalah tak akan selesai jika anda hanya […]

Tips Kenali Hati Perempuan!

Tips Kenali Hati Perempuan!

Lumrah bagi seseorang yang digelar wanita adalah manusia yang berperangai pelik.  Bagi anda yang si lelaki, pasti anda teringin mengetahui apa isi hati wanita yang anda mahu kenali dan sudah dikenali.  Ada juga yang telah bercinta bertahun-tahun tetapi masih tidak memahami hati pasangan anda. Sehingga […]

Tips penjagaan rambut wanita bertudung

Tips penjagaan rambut wanita bertudung

Bagi anda yang bertudung, mesti anda tertanya-tanya kenapa rambut anda sering berminyak, rosak dan berkelemumur kan? Tidak dinafikan wanita yang bertudung perlu lebih sentiasa menjaga rambut anda kerana rambut anda bertutup seharian. Jangan beralasan yang anda tidak perlu menghiraukan rambut anda disebabkan anda bertudung. Bukan hanya kulit wajah dan badan sahaja yang anda perlu jaga, rambut juga adalah sebahagian daripada kita yang patut kita jaga supaya jika kita tidak bertudung di rumah kita masih mempunyai rambut yang sihat dan bersih seperti orang lain.

 

hasrulhassan.com

 

Salah satu kebersihan diri adalah menjaga kesihatan dan kebersihan rambut. Jika diri kita bersih dan sihat, kita boleh menjalani kehidupan harian kita dengan yakin dan selesa. Tidak perlu risau lagi tentang orang lain yang mengata dan memandang serong tentang diri kita. Kita hanya perlu usaha untuk memperbaiki kebersihan dan kesihatan diri kita dan mengelak daripada berlaku masalah rambut terjadi. Mahukan rambut yang sihat dan bersih? Mari kita lihat tips penjagaan rambut untuk wanita bertudung diluar sana.

 

Jangan syampu rambut setiap hari

Siapa kata syampu rambut setiap hari akan buat rambut sihat? Tidak, rambut anda akan lagi rosak jika anda nak tahu. Syampu yang kita guna itu mempunyai banyak bahan kimia boleh menyebabkan rambut kita semakin rosak. Cucilah rambut anda 2 atau 3 hari dalam seminggu paling tidak pun.

aylacream.com

 

Keringkan rambut tanpa pengering rambut

Pada sesiapa yang selalu menggunakan pengering rambut untuk mengering rambut anda, berhentilah menggunakan pengering lagi. Pengering rambut akan membuatkan rambut anda kusam dan tidak bermaya. Biarkan rambut anda bebas dan kering tanpa membungkusnya dengan tuala kerana rambut anda akan berbau hapak. Keringkan rambut anda dengan menggunakan tuala secara lembut dan perlahan-lahan sehingga benar-benar kering.

 

albanianfreepress.al

 

Biarkan rambut bebas

Jika anda dirumah, anda mesti tak memakai tudung kan? Jadi ini lah masanya anda melepaskan rambut anda dari hanya terikat dengan getah rambut. Rambut anda akan dapat merasai pengaliran udara dengan baik dan jika sering diikat rambut, rambut anda akan mudah gugur. Bukan hanya membiarkan rambut bebas, anda juga perlu kurangkan menyikat rambut untuk mengelak kulit kepala daripada panas.

 

uncome.it

 

Elakkan memakai tudung ketika rambut basah

Anda perlu memastikan rambut anda betul-betul kering sebelum memakai tudung. Ianya adalah kesilapan besar bagi wanita yang bertudung dalam penjagaan rambut dengan baik. Pastikan anda cuci rambut beberapa jam sebelum anda sedia memakai tudung untuk memastikan rambut anda kering ketika bertudung. Rambut basah apabila bertutup akan menyebabkan rambut anda berkelemumur, rosak, berbau hapak dan berminyak. Jangan sikat rambut ketika rambut masih basah kerana rambut anda akan gugur dengan banyak.

 

fitnessmagazine.ir

 

Gunakan produk dengan bahan semula jadi dan sesuai

Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut, serum atau tonik dan juga masker amat penting bagi wanita menghadapi masalah rambut. Anda mestilah menjaga kebersihan dan kesihatan rambut dan juga kulit kepala dengan menggunakan produk yang sesuai untuk rambut anda. Jangan disebabkan anda bertudung, anda berfikiran yang anda tidak perlu menjaga rambut anda. Setiap orang perlu menjaga kebersihan dan kesihatan diri untuk teruskan kehidupan dengan baik dan selesa.

 

packagingoftheworld.com

 

rd.com

 

Manjakan rambut anda

Rawatan rambut berkala akan mengekalkan kesihatan dan kelembutan rambut anda. Jadi pergilah ke salon muslimah berdekatan dengan anda untuk mendapatkan rawatan rambut dan mengurut kulit kepala anda. Bukan hanya anda dapat merawat rambut anda, anda juga boleh menghilangkan stress anda dengan servis urutan yang diberikan di salon. Urutan di kepala boleh membantu memperbaiki pengaliran darah dan pertumbuhan rambut yang baik.

 

evolvehairstudiotx.com

 

linkbusiness.co.za

 

Pilih tudung yang sesuai dan selesa

Pastikan anda memilih tudung material yang selesa dan tidak panas. Rambut anda tidak dapat pengaliran udara dan membuatkan rambut anda bermasalah seperti kulit kepala berminyak dan berkelemumur jika kulit kepala anda berpeluh dan panas. Pilihlah tudung yang berwarna terang dan lembut untuk mengelak sinaran matahari daripada menyerap jika kita banyak menghabiskan masa kita dibawah sinar matahari. Elak daripada memilih tudung berwarna gelap seperti hitam. Ia akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan membuatkan anda pening, tidak selesa, kulit kepala gatal dan berpeluh.

 

wom.my

 

instagram.com

 

Okay, macam mana dengan tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung diatas? Saya harap tips diatas dapat membantu anda yang bertudung dalam menjaga rambut anda dengan baik. Jumpa anda pada artikel-artikel lain yang lebih menarik. Bye bye~

Restoran Menarik Untuk Berdating!

Restoran Menarik Untuk Berdating!

Lumrah apabila bercinta akan ada tempat yang menarik untuk mereka berjumpa. Ada juga tempat yang paling menjadi kegemaran untuk berjumpa buat pertama kalinya. Ada juga restoran yang menjadi pertemuan pertama mereka. Selain itu ada juga tempat makan yang mereka sukai dan menjadikan tempat tetap untuk […]

Tips kecantikan kulit

Tips kecantikan kulit

Adakah anda mempunyai masalah kulit wajah yang kusam , berjerawat, berminyak, berparut dan sebagainya? Telah banyak produk digunakan tapi masih tidak dapat merawat kulit muka anda? Tidak mengapa. Banyak cara yang organik dan tradisi digunakan oleh orang dahulu mahupun sehingga sekarang dalam menjaga kulit wajah […]

Hadiah untuk sidia

Hadiah untuk sidia

Pernah tak anda mengalami situasi dimana anda keliru nak beli hadiah apa untuk pasangan ketika hari-hari istimewa bakal menanti? Yalah, takkan nak bagi hadiah sama sahaja kan. Anda perlu fikir hadiah apa yang mereka akan suka dan dapat menghargai setiap hadiah yang akan anda hadiahkan itu. Kadang-kadang ianya bukan sesuatu yang mudah untuk kita fikirkan terlalu lama. Walaupun mereka tahu ataupun tidak maksud pada setiap hadiah yang akan anda berikan itu, anda mesti memikirkan hadiah tersebut kena dengan keadaan dan hari tersebut.

 

albawaba.com

 

Tidak kiralah bagi lelaki ataupun perempuan, anda perlu tahu apa yang mereka suka seperti warna kegemaran, barang apa yang mereka inginkan, makanan kesukaaan ataupun banyak lagi yang anda boleh hadiahkan kepada mereka. Semua orang sukakan hadiah. Jadi, tak ada hal lah kalau anda bagi hadiah mahal ke murah itu belakang cerita. Sediakanlah hadiah itu dengan elok dan kemas menampakkan yang kita ini ikhlas nak bagi mereka. Tulis ucapan yang menarik dan boleh membuatkan sidia terharu pada kertas ataupun kad. Jika anda seorang yang rajin dan kreatif, anda boleh sediakan sendiri dan ianya menunjukkan yang anda ada usaha dalam menyediakan hadiah untuknya. Disini, saya nak kongsikan senarai hadiah dan maksud setiap hadiah itu sendiri.

 

Perhiasan

 

teeanding.com

 

Ini adalah hadiah mahal yang diharapkan oleh kebanyakan wanita. Maksud hadiah perhiasan adalah “Awak sangat bermakna bagi saya” dan dia komited untuk jangka masa panjang. Lelaki yang tidak mempedulikan hubungan yang komited tidak akan membelanjakan wang untuk hadiah mahal seperti perhiasan. Dia tidak akan membeli perhiasan untuk anda melainkan anda istimewa. Itulah sebabnya cincin perkahwinan anda harus berlian. Makna berlian adalah cinta selama-lamanya dan simbol keabadian. Maksud hadiah yang mahal seperti berlian adalah makna sentimental dan romantis yang tinggi. Lelaki akan mencadangkan anda dengan cincin berlian. Apa makna hadiah berlian? Jika dia memberi anda berlian, pastinya dia yakin bahawa hubungannya yang serius. Anda adalah calon untuk jiwanya dan mungkin menjadi isterinya suatu hari nanti. Jadi, pada para lelaki yang serius dengan hubungan anda, sediakanlah perhiasan kepada wanita idaman anda. Sidia pasti sangat terharu.

 

Pakaian

 

herstylecode.com

 

leslieannephotofinish.com

 

Tidak menjadi masalah jika anda ingin menghadiahkan sidia pakaian. Tapi pastikan anda sangat arif dalam pemilihan jenis  kain, rekaan, warna dan juga saiz pasangan anda. Banyak bertanya dan buat research untuk lebih berwaspada tentang pembelian pakaian. Takut pasangan anda nanti hanya simpan dirumah dan tidak pakai pun hadiah anda itu. Sekiranya anda ingin membeli pakaian juga, nasihat saya adalah meminta pasangan anda memilih citarasanya. Cuma ianya tidak jadi satu hadiah kejutan lah. Pakaian yang boleh anda sediakan seperti dress, blaus, seluar, skirt, scarf, tshirt dan banyak lagi. Jika cakap pasal pakaian, setiap jenis pakaian itu mempunyai maksudnya tersendiri. Sebagai contoh jika tudung maksudnya ingin sidia menutup aurat, jika maksud disebalik baju kemeja pula, ingin sidia kelihatan kemas.

 

Coklat

 

e-sante.fr

 

Hadiah coklat adalah baik untuk menyatakan “Saya suka anda”. Dalam hubungan baru, lelaki biasanya memberi anda coklat kerana dia tidak tahu apa lagi yang boleh diperolehi. Maksud hadiah coklat, dia suka anda dan hubungan anda baik, jadi dia ingin mengenali anda lebih banyak. Satu lagi makna hadiah coklat, dia cuba mencari kunci kepada hatimu. Coklat dan bunga terutamanya bunga mawar adalah hadiah romantis standard untuk wanita. Terdapat beberapa hadiah mahal untuk coklat. Jadi, pada para jejaka yang baru sahaja menjalani hubungan anda dengan teman wanita, anda boleh cuba hadiahkan coklat kepadanya.

 

Jam

 

pinterest.com

 

Adakah lelaki benar-benar suka hadiah mahal? Ya, cubalah memberinya jam tangan yang mahal. Bagaimana dengan gadis? Tidak syak lagi! Kedua-dua lelaki dan wanita suka jam tangan sebagai hadiah mahal, ia menjadikan anda mempunyai kelas dan gaya. Maksud hadiah jam tangan yang mahal, dia peduli tentang keyakinan diri anda, gaya keanggunan dan lebih serius tentang langkah hubungan anda yang seterusnya, mungkin lambang meminta anda membicarakan perancangan perkahwinan. Jika ia murah, masa itu emas, jadi hanya dapat membeli jam tangan biasa pun tidak ada masalah. Jam penggera, maksudnya anda harap sidia tidak insomnia atau tidak malas untuk bekerja pada waktu pagi.

 

Anak patung

 

ebay.in

 

Kebanyakan gadis suka anak patung sebagai hadiah. Anak patung kegemaran sebagai hadiah adalah anak patung jenis haiwan. Hadiah boneka yang popular adalah boneka beruang seperti teddy bear dan Winnie the Pooh, haiwan peliharaan atau anak patung kucing, dan lain-lain. Hadiah boneka biasanya dari lelaki yang sibuk dengan aktiviti atau kerjanya, jadi jika anda merindui dia hanya memegang dan mencium anak patung itu. Tetapi tidak begitu serius, saya tidak setuju dengannya. Maksud hadiah anak patung adalah untuk mengingatkan gadis anda tentang masa kanak-kanaknya yang manis.

 

Makanan

 

japannewsblog.centerblog.net

 

kuchnialidla.pl

 

Makanan adalah hadiah yang baik dari wanita jika dia memasak dan lelaki akan sangat berpuas hati mengenainya. Lelaki mudah suka wanita yang mampu memasak makanan yang sedap. Jika seorang gadis memasak makan malam yang lazat untuk anda, apakah maksudnya? Ia sangat mudah, maksudnya dia mahu mengenali anda lebih baik sebagai kawan atau pasangan yang berpotensi. Jika lelaki meminta seorang gadis untuk makan malam lilin romantis, ia melambangkan bahawa dia mahu anda mengenali dia dengan lebih baik. Wanita menawan lelaki dengan makanan. Ini adalah strategi nenek lama yang berkuasa sehingga kini. Memasak hidangan lazat adalah hadiah murah dari wanita tetapi menjadi hadiah mahal untuk lelaki. Dan bukan wanita sahaja yang boleh sediakan makanan untuk lelaki, lelaki juga boleh masakkan makanan untuk wanita kesayangannya. Berikan sidia dengan hadiah makanan murah tetapi sedap, selamat mencuba!

Okay, macam mana? Menarik kan? Saya harap artikel ini dapat membantu anda dalam mencari hadiah untuk pasangan anda. Sehingga berjumpa lagi pada artikel yang lain. Bye!

10 Ciri-Ciri Pasangan Yang Setia!

10 Ciri-Ciri Pasangan Yang Setia!

Setiap pasangan pasti takut akan kehilangan insan istimewa mereka kan.  Apatah lagi apabila mereka pernah mengalami kisah lama yang sangat dibencikan. Pasangan yang pernah dicurangi pasti akan merasa lebih berhati-hati ataupun takut hendak bercinta lagi. Jadinya tentu sahaja apabila mereka yang bercinta semua pasti akan […]