single's heart

Month: May 2018

Apa Sebenarnya Cinta?

Apa Sebenarnya Cinta?

Anda tahu tak apa sebenarnya cinta? Ada yang masih tertanya-tanya dan ada juga yang telah mengetahui dan memahami tentang cinta itu sendiri. Pasti ada diantara anda yang pernah jatuh cinta, bercinta dan mencintai seseorang kan? Bagi yang sedang bercinta ataupun pernah bercinta sebelum ini, pasti […]

7 Kelebihan Travel Bersama Pasangan!

7 Kelebihan Travel Bersama Pasangan!

Untuk mereka yang sedang hangat bercinta itu, pernahkah anda dan pasangan membuat perancangan untuk bercuti bersama-sama?  Haa, banyak kelebihan yang baik apabila bercuti bersama-sama dengan pasangan ni tau.  Dengan travel bersama pasangan jugalah anda dapat mengenali hati budi pasangan anda dengan luhurnya.   Mahu tahu kelebihan […]

Tinggi lelaki itu penting ke?

Tinggi lelaki itu penting ke?

Adakah anda rasa ketinggian lelaki itu penting atau pun tidak? Ramai yang ingin tampil tinggi kerana ianya dapat meningkatkan keyakinan diri. Tapi bagi anda yang rasa ketinggian anda itu tidak cukup untuk anda, tidak perlu lah anda risau kerana ramai sahaja lagi yang rendah atau lebih rendah daripada anda. Anda perlu bersyukur dengan apa yang ada pada diri anda. Tidak semua memandang ketinggian itu penting. Sememangnya ramai wanita yang menginginkan lelakinya lebih tinggi daripadanya tetapi anda perlu ingat bukan semua orang mendambakan lelaki yang tinggi. Cukuplah dengan melihat sikap dan perangainya sahaja dalam memilih pasangan hidup.

 

fashionbeans.com

 

Bagi para jejaka yang rasa diri itu rendah dan tidak yakin untuk memilih perempuan tinggi, anda tidak perlu risau kerana ada ramai lagi perempuan yang lagi rendah daripada anda. Jadi, anda boleh memikat perempuan yang lebih rendah. Tidak perlu dengar orang lain nak cakap apa, anda perlu yakin pada diri yang anda hanya manusia biasa yang mempunyai perasaan. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Maka, anda janganlah risau kerana ketinggian bukanlah segalanya. Jagalah sikap dan perangai anda pun sudah memadai. Tidak menjadi pilihan orang jugak jika anda kononnya dalam kriteria yang kacak dan tinggi tetapi anda mempunyai perangai yang buruk dan tidak semengah itu. Baiklah, disini saya akan kongsikan sebab-sebab lelaki rendah pun bagus untuk para wanita kepada anda semua. Mari lihat.

 

Rendah Ego

Kebiasaannya lelaki rendah ini mempunyai satu sifat yang lebih relaks. Ego mereka lebih rendah daripada lelaki yang tinggi. Mereka telah merasa keperitan ketika zaman remaja apabila sering dipandang tidak segagah lelaki yang lebih tinggi. Jadi, mereka tidak akan ego seperti lelaki lain yang lebih perasaan dirinya telah sempurna. Biasalah jika mereka yang kononnya berkriteria yang kacak itu akan rasa dirinya sempurna dan hanya ingin menang sahaja.

 

fortevibes.com

 

Lebih kuat bekerja 

Lelaki rendah dilihat dan tampak lebih berfikiran luas, kreatif serta rajin dalam memajukan diri berbanding mereka yang tinggi. Mereka lebih kuat bekerja kerana mereka mahu menjadi setanding atau lebih hebat daripada lelaki tinggi. Dan mereka juga menganggap saiz mereka yang rendah satu motivasi dan akan bekerja keras.

 

lookastic.com

 

Tidak pedulikan apa-apa

Apapun orang kata tentang dirinya, lelaki rendah tidak akan mempedulikan apa-apa dan merasakan mereka tidak layak untuk wanita yang lebih tinggi daripadanya. Pada anda yang bercinta dengan lelaki rendah, mereka tidak akan kisah dan tidak akan berkira dengan kelemahan anda sebagai contoh ketinggian.

 

pinterest.es

 

Sensitif

Jejaka yang mempunyai ketinggian rendah akan lebih bijak menjaga perasaan wanita dan tahu untuk menenangkan teman wanita dan isteri apabila masalah membelenggu. Sudah pasti lelaki yang rendah ini akan lebih memahami tentang perasaan kerana mereka merasakan kekurangan pada diri mereka. Jadi, pada anda yang ingin bercinta dengan lelaki yang rendah, tidak perlulah risau lagi memikirkan kesemua lelaki tidak faham perasaan anda kerana mereka yang rendah akan lebih memahami diri anda daripada yang lain.

 

ratingcero.com

 

Penyayang

Sebenarnya ia bergantung pada sikap seseorang itu nak jadi orang yang seperti apa. Tetapi lelaki yang rendah mempunyai sifat penyayang berbanding daripada lelaki tinggi kerana mereka tidak akan pentingkan diri sendiri dengan hanya menyayangi diri sendiri supaya orang yang bersamanya akan menginginkannya dan akan mula tidak kisah tentang ketinggiannya. Jika lelaki tinggi pula, mereka tidak akan kisah kerana mereka mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi sehinggakan merasakan diri cukup sempurna dengan ketinggian mereka.

 

ibtimes.co.uk

 

Lebih menghormati wanita

Mereka yang rendah akan lebih menghormati wanita kerana mereka rasa mereka mempunyai kekurangan seperti mana orang-orang yang rendah diri dan bukannya seperti lelaki-lelaki yang poyo dengan muka yang kacak, tinggi yang hanya memandang dirinya sendiri sehinggakan tidak menghormati wanita dan mainkan hati wanita di luar sana. Mereka akan lebih setia dan hormat dengan wanita yang memilihnya bukan kerana ketinggiannya dan mungkin kerana sikapnya yang hormat pada kaum wanita.

 

muscleandfitness.com

 

Okaylah, disini sahaja artikel saya kali ini. Moga ianya dapat membantu anda dalam mengetahui soal adakah penting ketinggian pada diri kaum lelaki dan sebab kenapa lelaki yang rendah juga bagus untuk semua wanita. Dan janganlah kita melihat ketinggian yang ada pada dirinya menghalang anda untuk mendekati dan memilih mereka dalam hidup anda. Terimalah segala kekurangan masing-masing dan fokus memperbaiki sikap dan perangai sahaja. Jumpa anda lagi dalam artikel lain. Bye!

Kriteria Wanita Yang Menghiburkan!

Kriteria Wanita Yang Menghiburkan!

Wanita yang menghiburkan?  sudah semestinya ramai yang akan membuat tanggapan bahawa mereka yang menghiburkan itu adalah seorang yang suka buat lawak,  tidak serius dan tidak pernah marah.  Haa, mahu tahukah anda kriteria sampingan yang ada pada wanita yang menghiburkan ini?  okay,  wanita yang menghiurkan ini […]

5 Lokasi Menarik Untuk Dating Pada Hujung Minggu

5 Lokasi Menarik Untuk Dating Pada Hujung Minggu

Adakah anda buntu tak tahu mana tempat menarik untuk keluar dating bersama kekasih hati pada hujung minggu? Yalah, takkan nak pergi tempat yang sama sahaja apabila keluar bersama kan. Kebiasaannya ramai yang selalu dating dekat pusat membeli belah dan restoran. Apakata kali ini anda pergi ke […]

Tips Mengelakkan Rasa Jemu Apabila Bercinta Dengan Pasangan Bekerjaya

Tips Mengelakkan Rasa Jemu Apabila Bercinta Dengan Pasangan Bekerjaya

Seringkali kita mendengar tentang hubungan yang terputus ditengah jalan dek kerana percintaan yang suram dan tiada tindak balas positif.  Salah satunya yang dapat diketahui adalah pasangan masing-masing yang agak sibuk kerana terlalu banyak kerja dan tiada masa untuk luangkan masa berdua dengan pasangannya. Oleh sebab dengan kes itu, hubungan yang dibina mula menjadi retak sebutir dan lama-lama menjadi retak seribu akibat tiada persefahaman dalam hubungan.  Jadinya, jikalau Si dia sememangnya sangat workaholic janganlah terus biarkan pasangan itu bersendirian melebihi  1 hari tanpa ada mesej mahupun panggilan.  Anda juga mempunyai perasaan yang sama seperti luahan diatas? Haa beginilah,  untuk mengelakkan berasa jemu dengan pasangan yang terlalu bekerja keras, apa kata anda cuba dahulu tips yang bernas ini untuk mengelakkan berasa menyampah apabila selalu ditinggalkan oleh pasangan yang bekerjaya ini.  Tips ini juga hanya berguna terhadap pasangan yang mempunyai kesetiaan yang tinggi sahaja tau!

 

Persefahaman Yang Tinggi

Jika anda dan pasangan asyik sahaja tidak berjumpa dan ada situasi yang agak dingin, Jalan terbaik anda untuk berbaik semula dengan pasangan adalah kembali memahami pasangan anda itu seadanya.  Sememangnya jika  anda mempunyai persefahaman yang tinggi pastinya hubungan anda dan si dia akan nyaman tanpa ada perasaan marah ataupun meluat.  Jangan anda berfikir tentang mementingkan diri sendiri.  Kebiasaannya lelaki tidak disukai apabila diri dia dituduh dan tidak difahami.  Begitu juga dengan wanita yang bekerjaya.  Untuk pengetahuan anda, anda perlulah bersyukur apabila mendapat seorang pasangan yang sibuk dengan urusan kerja ni.  Ia melambangkan bahawa mereka ni smua sejenis yang setia dan penyayang dalam diam. Mereka juga mempunyai hal perasaan yang sama dengan anda iaitu menyayangi seseorang dan ingin disayangi.

 

 

pesonapengantin.my

 

Jadinya, benda yang pertama untuk si dia cari selepas penat bekerja adalah anda! Jadinya fahami dia dan jangan berasa jemu dengannya.

 

Keluar Dengan Rakan-Rakan

Anda pasti bosan apabila berasa sendirian tanpa layanan pasangan anda.  Jadinya, cukuplah dengan memberitahu pasangan anda tentang hal anda mahu bersuka ria dengan rakan-rakan.  Ianya adalah salah satu tips yang mengelakkan anda berasa jemu dengan pasangan apabila si dia sibuk.  Apabila keluar bersama rakan anda pasti akan akan lupa sejenak rasa bosan akibat tidak dilayani. Anda juga perlulah mengisikan masa anda dengan berhibur yang tidak mendatangkan masalah kepada diri sendiri.  Jika anda pula seorang yang bekerja keras, anda juga jangan menghalang pasangan anda mahu bersuka ria dengan rakannya.  Ianya bagus daripada bersuka ria dengan mencari pasangan yang lain.

 

 

thesisterswine.co

 

 

Sibukkan Diri Dengan Kerjaya

 

Anda tahu pasangan anda seorang yang bekerjaya dan sentiasa sibuk,  Apa kata anda juga sibukkan diri dengan kerja anda.  Jika anda bukan bekerja pun, apa kata anda melakukan hal anda yang boleh mendatangkan rasa tidak membuang masa. Anda juga boleh berniaga, melakukan hobi anda, memasak dan bershopping.   Apabila anda bekerja juga, adalah amat tipis untuk anda berasa bosan dan terasa tidak dilayani.  Kebiasaannya waktu bekerja adalah waktu yang hampir sama dengan kakitangan yang lain.  Oleh itu, anda tidak akan terasa sunyi kerana anda akan memahami pasangan anda seperti point diatas tu.  Anda juga akan berasa biasa sahaja apabila ditinggalkan sebentar kerana anda dan dia adalah seorang yang berkerjaya.

 

 

karangkraf.com

 

 

Travel

Anda sukakan travel?  ha baguslah tu.  Dapat mengisi kekosongan masa disaat kesunyian.  Anda tidak akan berasa sunyi dan bosan apabila travel.  Yelah , takkan mahu mencari lain.  Kasihan pasangan anda mencari duit untuk hidup bersama kelak.  Jadinya, isikan masa anda dengan travel.  Travel juga dapat mengembangkan pengetahuan tau.  Malah sangat berguna kerana anda dapat melihat keindahan alam dari selain tempat tinggal anda sendiri.  Jika anda travel, mana tahu pasangan anda juga turut iri hati untuk meluangkan masa bersama anda. Huhuhu, kan dah bonus tu.  Bukan sahaja dapat luangkan masa bersama pasangan anda malah travel bersama juga sekali.  Apabila travel pastilah berhari-hari kan.  Itulah sebabnya ada ayat yang menyatakan sabar itu akan membuahkan hasil yang baik,  setia itu akan mendapat hadiah yang bertuah.

 

 

Kejujuran Dan Kesabaran

 

Dalam perhubungan, amatlah penting untuk menerapkan nilai kejujuran dan kesabaran yang tinggi.  Lebih-lebih lagi apabila pasangan anda itu seorang yang bekerja keras dan agak tiada masa untuk meluangkan masa bersama dengan anda.  Jikalau anda berniat mahu mencari lain kerana pasangan anda sibuk.  Anda lepaskan sahajalah dia kerana si dia tidak layak memiliki anda yang berifat curang.  Jikalau dalam hubungan itu murah dengan kejujuran, semestinya pasangan tersebut adalah seorang yang setia.  Hal yang penting sekali adalah, anda haruslah bersikap sabar  dengan kesibukan pasangan anda.  Seperti point diatas juga, kesabaran amatlah berharga hasilnya selepas digunakan.

 

quotesonimages.com

 

 

Melakukan Hobi

Hobi adalah perkara yang diluangkan semasa kebosanan melanda diri.  Anda pula bosan juga dengan pasangan yang sejenis workaholic ini.  Jadinya untuk meredakan perasaaan bosan dan membuat sesuatu yang tidak masuk akal.  Apa kata anda lakukan aktiviti yang menyenangkan seperti hobi.  Jika hobi anda tidur, ha tidur lah sepuasnya sebelum pasangan anda pulang kerja dan ajak berjumpa ataupun berhubung.  Selain itu, banyak lagi hobi yang berfaedah seperti melukis, memasak, mengemas rumah, menjahit dan sebagainya yang boleh anda jadikan aktiviti ketika kebosanan.  Menonton wayang dengan rakan anda juga merupakan aktiviti yang berfaedah tau.

 

 

rula.co

 

Jadinya, tiada lagi alasan jemu ketika pasangan anda sedang kelam kabut mengejar masa untuk bekerja.

 

Membuat Kejutan

Sudah namanya pasangan kekasih, mestilah ada sahaja masa untuk luangkan bersama walaupun sekejap dan bekerja.  Anda sememangnya mendapati bahawa pasangan anda itu sememangnya sibuk dan tidak mempunyai waktu untuk berfoya-foya melainkan waktu hujung minggu.  Apa kata anda membuat kejutan untuknya di hari hujung minggu.  Manfaat dari situ juga membolehkan anda mengelak dari perasaan bosan dan akan menggamitkan lagi perasaan sayang dan rindu dengan pasangan.  Tidak semestinya kejutan itu mahal dan berharga.  Cukuplah sekadar menggembirakan hati pasangan anda yang kepenatan tu.  Malah anda dan si dia turut akan berasa saling sayang antara satu sama lain.

 

 

jodohpedia.blogspot

 

Haa, adakah semua tips diatas ini amat berguna untuk anda? Jika anda mempunyai tips lain yang lebih bernas, teruskan tips anda itu dengan jayanya memikat hati pasangan anda dan mengelakkan perasaan bosan.   Jika anda mencuba tips diatas ini, sudah tentu anda dan pasangan akan kekal bersama.  Yalah, orang yang bekerjaya dan sibuk ini tidak mempunyai waktu untuk berfoya dan bercurang.  Melainkan si dia sememangnya ada niat lain untuk curang.  Adalah lebih baiknya anda bersiap sedia memperisaikan diri anda.   Semoga anda Berjaya.  Bye!

7 Hobi-hobi menarik wanita berkarier 2018

7 Hobi-hobi menarik wanita berkarier 2018

Pasti semua orang memiliki hobi masing-masing kan? Selalunya orang lakukan hobi mereka ketika mereka mempunyai masa yang lapang. Pada masa kini ramai telah sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa nak lakukan hobi sendiri. Apabila balik daripada rumah terasa hanya ingin rehat dan tidur kan? […]

Kenapa masih single? Mahukan Tips Yang Bernas?

Kenapa masih single? Mahukan Tips Yang Bernas?

Setiap orang terkadang tidak mahu hidup kesepian.  Selalu sahaja bila ternampak pasangan bercinta lalu pasti diri terasa  alangkah seronok kalau ada teman hidup’ . Tetapi kenapa anda sendiri tidak mencari?  Terkadang bukan diri ini taknak mencari, tetapi pasti ada sesuatu perkara yang kita tidak kesampaian […]