single's heart

Month: July 2018

Cara Selamatkan diri daripada terkena Friend zone

Cara Selamatkan diri daripada terkena Friend zone

Anda telah berkenalan dengan seseorang ini dan anda telah menyukai sidia pada pandangan pertama? Jadi, anda berdua telah menjadi kawan tetapi anda masih mempunyai perasaan yang lebih dari persahabatan? Anda mendapati diri anda tiba-tiba terperangkap dalam friend zone untuk satu sebab atau yang lain? Sekiranya […]

6 Perkara Lelaki Ingin dari Wanita

6 Perkara Lelaki Ingin dari Wanita

Kepada para wanita diluar sana, mesti anda tidak pasti sama ada lelaki yang anda inginkan itu betul-betul meminati anda ataupun tidak kan? Adakah dia hanya mesra? Adakah dia menggoda anda? Adakah dia berminat? Apa yang lelaki inginkan dari wanita? Persoalannya ialah kenapa lelaki berminat dengan […]

5 Tabiat Harian Akan Membuat Anda Lebih Positif

5 Tabiat Harian Akan Membuat Anda Lebih Positif

Kunci kejayaan dalam kehidupan seseorang adalah memperolehi kegembiraan. Kita mungkin orang terkaya di dunia tetapi jika kita sengsara, kita jauh dari berjaya. Masalah yang dihadapi kebanyakan kita adalah terperangkap dalam kehidupan harian dan menjadi penat, terlalu banyak kerja dan terlebih kafein kerana tekanan. Sudah tentu dengan semua tekanan hidup yang kecil dan besar datang kecenderungan untuk menyalahkan, mengkritik, dan secara umumnya mengambil pandangan negatif terhadap kehidupan. Malangnya, tidak ada cara untuk hidup dengan potensi kita dengan menjadi orang yang negatif. Ia merosakkan kehidupan kita dan semua orang di sekeliling kita. Segala-galanya yang berlaku dalam hidup kita hanya satu peristiwa. Itulah bagaimana kita bertindak balas terhadap peristiwa-peristiwa yang membentuk kehidupan kita. Kita boleh memilih untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap apa yang berlaku kepada kita.

 

attitudes4innovation.com

 

Memilih untuk menjadi positif adalah keputusan yang mudah, tetapi nak mula lakukannya bukan sesuatu yang mudah. Kebanyakan kita mempunyai banyak tabiat buruk yang membuatnya sukar untuk menjadi positif semasa  menghadapi tekanan atau dalam kesusahan. Kita mesti membentuk tabiat baru untuk melupakan yang lama dan satu-satunya cara untuk melakukannya adalah lakukan satu langkah pada satu masa. Cuba untuk buangkan semua tabiat lama kita sekaligus adalah resipi kegagalan. Sebaliknya, cuba pakai tabiat positif baru setiap minggu. Kemudian kita akan mempunyai banyak tabiat harian yang positif yang akan mengubah cara kita melihat dunia dan akhirnya akan mengubah kehidupan kita menjadi gembira. Baiklah, disini saya akan kongsikan 5 tabiat harian yang akan membuat anda lebih positif dan gembira.

 

Kurangkan perkara negatif

Memang mudah berkata-kata daripada mahu mula lakukan sesuatu kerana perkara negatif selalunya berada di mana-mana sahaja. Siaran berita malam, rancangan realiti tv, filem ganas, pemandu agresif, rakan sekerja yang merungut, mendengar orang yang bergosip ketika menunggu turn untuk membayar barang di pasar raya. Jadi macam mana kita dapat mengurangkan perkara-perkara negatif ini yang sememangnya merupakan sebahagian besar daripada kehidupan kebanyakan orang? Mudah. Berehat daripada semua itu. Setiap hari, kita hanya perlu buang satu pengaruh negatif dari rutin harian kita. Matikan awal tv, elakkan bercakap dengan rakan anda yang hanya ingin mengeluh tentang pasangan mereka, atau mula pergi ke kedai dengan berjalan daripada asyik memandu sahaja.

 

sophiemhabille.com

 

Bantu orang tanpa syarat

Membantu seseorang tanpa syarat boleh menjadi salah satu perkara yang terbaik dan dapat membuat orang terharu dengan kita serta dapat menjadi orang yang positif. Antara tindakan yang perlu kita pertimbangkan ialah dengan memberi duit dan derma kepada seseorang yang tiada tempat tinggal kerana dia lebih memerlukannya daripada kita, membiarkan seseorang memotong di depan kita ketika menunggu turn di pasar raya kerana mereka jelas sedang menghadapi hari yang susah atau membantu orang tua membawa barang atau beg yang banyak ke kereta mereka kerana kita melihat mereka bergelut dan susah untuk membawa barangnya adalah semua itu contoh pemberian tanpa syarat. Kita harus bertanya kepada diri sendiri untuk membantu orang dengan cara ini sekurang-kurangnya sekali setiap hari dan tidak syak lagi kita akan menemui kehidupan kita bertambah baik secara dramatik.

 

pahangcctv.blogspot.com

 

Senaman

Sebagaimana yang kita dengar, bersenam benar-benar menyembuhkan semua perkara. Membuat otot-otot mengepam dan oksigen yang bekerja dalam tubuh kita, buatkan keajaiban untuk kesihatan emosi dan fizikal kita. Jika kita tidak bersenam sekarang, kita perlu latih diri kita untuk mula bersenam. Senaman boleh berupa berjalan, berjoging, atau bermain tenis. Kuncinya adalah untuk mula menggerakkan badan anda. Kita akan berasa lebih baik dan kelihatan lebih sihat. Kita akan berasa lebih yakin, positif, dan bahagia.

 

bienysaludable.com

 

Bercakap dengan orang yang tidak dikenali

Ramai di antara kita jalan berhati-hati ketika bersama orang lain. Kita cepat menilai mereka dan cenderung untuk mengelak daripada bertentangan mata atau berbual. Kenapa? Kerana masyarakat kita yang negatif telah mengajar kita untuk tidak mempercayai orang. Tetapi kenyataannya ialah 99% orang yang kita lihat setiap hari adalah orang yang baik. Maka pada masa depan kita berada di lif dengan orang yang tidak dikenali, mari kita ucapkan halo dan bertanya khabar dan lakukannya dengan ikhlas. Apabila kita menunggu untuk bayar di kedai runcit, kita boleh membuat perbualan dengan orang di belakang kita. Kita akan kagum melihat bagaimana keseluruhan perubahan kita apabila kita melakukannya. Terdapat peluang seperti ini di mana-mana dan kita tidak perlu berusaha keras untuk membuatnya menjadi tabiat harian kita.

 

kosherica.com

 

Senyum

Ia bunyi sangat klise tetapi ia benar. Kebanyakan kita sukar untuk memberi senyuman yang ikhlas apabila bertentangan mata dengan seseorang. Mungkin kita mengangguk cepat atau mengucapkan salam, tetapi ada baiknya memberikan senyuman yang tulus. Kita boleh buat hari seseorang itu gembira dan diri kita juga pasti akan berasa lebih baik. Membuat seseorang lebih bahagia walaupun ia bersifat sementara, akan memberi kesan mendalam kepada kebahagiaan kita sendiri. Jadi, senyumlah sekurang-kurangnya pada lima orang setiap hari.

 

softiview.com

 

Jadi macam mana? Saya harap anda semua dapat memahami 5 tabiat harian akan buat anda lebih positif dan gembira yang saya nyatakan pada artikel kali ini. Baiklah, sampai disini sahaja artikel ini dan moga berjumpa anda lagi pada artikel yang seterusnya. Da daa~

7 Cara Uruskan Personaliti Sukar Di Tempat Kerja

7 Cara Uruskan Personaliti Sukar Di Tempat Kerja

Di setiap tempat kerja, anda akan mempunyai rakan sekerja yang sukar dan bermasalah. Berurusan dengan rakan sekerja yang sukar, bos, pelanggan, klien, dan kawan adalah seni yang bernilai sempurna. Berurusan dengan situasi sukar di tempat kerja adalah mencabar, namun memberi ganjaran. Anda boleh memperbaiki persekitaran […]

10 Cara Membuat Impresi Pertama yang Baik

10 Cara Membuat Impresi Pertama yang Baik

Tentu kita mahu orang lain anggap diri kita ini baik kan? Yalah, lebih-lebih lagi pada mereka yang ingin membuat seseorang itu berminat dengan mereka. Tidak kiralah dengan siapa pun kita bertegur sapa, kita mesti mahu setiap orang memberi tanggapan yang baik terhadap kita. Bagi mereka, […]

Tips Efektif Untuk Mengembalikan Hubungan Baik

Tips Efektif Untuk Mengembalikan Hubungan Baik

Hubungan anda dengan pasangan kian suram? junam? jatuh?  alamak! macam mana ya mahu mengembalikan mekar seperti sebelum ini.  Ya lah, perasaan sayang tetap utuh kalau mahu ditinggalkan.  Pasti ada beberapa cara yang rasional boleh digunakan untuk mengembalikan kembali hubungan anda dengan pasangan menjadi baik dan subur mekar ibarat bunga kembang mekar.  Haa, jum kita tengok cara yang efektif ini untuk kesesuaian hubungan anda.  Tetapi sebelum itu, Hubungan anda berada ditahap yang mana pula ya?  Jum siasatkan.

 

Hubungan 70%- 100%

 

Apa pula lah dengan percentage ni ya,  okay gais! hubungan ditahap ini masih ada lagi harapan untuk memperbaiki menjadi hubungan yang bahagia.  Sebabnya, kalau ada persengketaan pun anda dan pasangan akan berbincang dengan sebaiknya tanpa ada orang lain yang sibuk mahu mengikut campur.  Ingatlah, jangan ada yang masuk campur kerana dalam melihat kebahagiaan anda akan ada org yang mahu menjatuhkan hubungn anda. Disaat percen masih di lingkungan 70-100 ini, anda dan pasangan mempunyai peluang besar tanpa bantahan hati untuk mengembalikan kemerkahan hubungan anda.  Tapi jangan bagi peluang untuk hubungan anda jatuh ke bawah 69% tau.

 

 

sampulbola.com

Cara efektif yang agak bernas dan boleh digunakan dalam memperbaiki hubungan untuk kembali baik adalah anda lihat pasangan anda sejenis yang bagaimana dahulu dan ambil lah tindakan seperti anda membalas pujuk juga apabila pasangan anda memujuk anda.  Jangan anda membiarkan si dia memujuk anda dan anda tidak membalas reaksi tersebut. Selain itu, anda juga wajar mempelawanya ke perbincangan meja dan meluahkan apa yang tidak puas hati.  Oleh itu ambil solusi yang baik dengan menyelesaikan masalah seperti manusia yang matang. Seterusnya, anda tidak seharusnya membiarkan diri pasangan anda meninggikan ego dan anda juga haruslah menegakkan keadilan sekiranya anda benar untuk menyedarkan pasangan anda yang silap. Ingat! jangan panjangkan bertengkar kalau tidak mahu menjadi keruh dan memasuki alam percentage dibawah ini! Jadinya jaga-jaga ya.

 

Hubungan 40% -69%

Hubungan dalam kawasan percentage ini adalah berada dalam keadaan baik sahaja.  Tetapi masih lagi didalam ufuk kerisauan kerana jika hubungan anda dalam percen ini anda dan pasangan akan berada sama ada mahu kebawah mahupun percen ke atas.  Bagi hubungan yang malas mahu berfikir panjang lagi, mereka lebih memilih ‘putus’ adalah   jalan yang terbaik.  Tetapi tahukah anda untuk memulakan hubungan baru itu sangat penat dan membuang masa?  Jika anda dan pasangan tiada jenayah dalam mencurangi antara satu sama lain, maka adalah lebih elok untuk kembali bersama dan memperbetulkan kesilapan lalu.

 

vebma.com

 

Okay, cara berksesan untuk percentage in pula adalah agak sama seperti diatas kerana kawasan percentage ini masih dibawah kawasan memuaskan lagi.  Tapi cara yang anda boleh buat bagi mengelakkan kerapuhan hubungan seperti percentage dibawah ini, apa kata anda membawanya ke panggung wayang untuk menonton cerita baru ditayangkan.  Kerana ianya akan membuatkan persengketaan anda dengan pasangan kian jauh ke belakang kerana khusyuk menonton cerita tersebut.  Setelah itu,  bawalah juga pergi bercuti di kawasan berdekatan untuk mengembalikan hubungan baik anda dengan pasangan.  Jika tidak berjaya juga, apa kata anda membuat cara efektif seperti diatas ini seperti bawa pasangan anda ke arah perbincangan dan selesaikan dengan cara yang matang dan rasional.  Jika jalannya sememangnya putus maka anda relakan sahajalah,  kerana setiap hubungan pasti ada lagi tersimpan perasaan kerinduan.  Tapi ingat, jangan biarkan diri anda dilabel terdesak tau!

 

Hubungan 1% – 39%

Wauu,  ada sesiapa yang berada didalam kawasan percentage ini?  jika ada baguslah kerana itu adalah tuah dan bernasib baik kerana jarang hubungan yang percentage seperti gunung berapi ini akan berbaik semula.  Kebiasaannya, didalam kawasan percentage merah ini, mereka yang bercintakan mengambil keputusan drastik dengan meninggalkan terus pasangan mereka kerana merasakan tiada lagi harapan untuk berbaik malah menjadi susah.  Apa ya perlu buat ?  anda perlulah mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki hubungan anda dengan pasangan.  Cuba selami jiwa anda dan pasangan dan bawalah berbincang sebagai seorang yang matang.  Wujudan semula sifat rasa sayang anda terhadap pasangan.

 

vebma.com

 

Come on gais! takkan nak duduk diam dalam keadaan hubungan semakin dihujung tanduk.  Lakukan sesuatu untuk kembalikan hubungan anda sekurangnya percentage ditengah atas! Buat cara yang berkesan dengan menggabungkan cara diatas ini.  Kerana cara efektif diatas ini adalah sangat berkesan. Jika tidak berjaya juga apa kata anda intip si dia dengan senyap untuk mencari bukti apa yang membuatkan anda dan si dia bergaduh sepanjang masa.

 

 

crosswalk.com

 

Baiklah, itu sahajalah cara berkesan yang berguna untuk anda gunakan untuk memperbaiki hubungan anda dengan pasangan.   Anda juga haruslah melakukan teknik lain pula yang anda tahu jika cara diatas ini tidak berkesan.  Okay semua, semoga teknik yang diberikan diatas ini bermanfaat dengan anda.  Semoga hubungan anda dengan pasangan akan pulih seperti semula.  Selamat tunggu ke episod seterusnya ya! Taaa~

Bagaimana Mahu Menambat Hati Pasangan?

Bagaimana Mahu Menambat Hati Pasangan?

Apabila sudah mengisytiharkan menjadi pasangan bercinta,  pasti setiap masa sahaja anda mahu menambat hati si dia kan.  Wahh! hubungan baru jadinya jalan hidup pun automatik bertukar baru.  Oleh itu, tentu anda dan si dia akan bertukar kejutan antara satu sama lain.  Tapi kadangkala diri sendiri […]

7 Petanda Hubungan Sudah Sedia Untuk Berkahwin

7 Petanda Hubungan Sudah Sedia Untuk Berkahwin

Bercinta biarlah sampai ke jinjang pelamin betul tak? Jangan sia-siakan hubungan percintaan anda berdua. Apatah lagi jika anda dan pasangan sudah lama bercinta. Selama anda bercinta mesti terdetik dan pernah berbincang bila saat yang sesuai untuk ke alam perkahwinan. Bersediakah anda berdua untuk hidup bersama? […]